. . . .

optionen handel.

1. SIJIL DIGITAL. Kepada semua pegawai dan kakitangan JKSP diminta memastikan sijil digital masing-masing masih boleh digunakan dan belum tamat tempoh penggunaannya. Untuk memperbaharui sijil digital, tiada borang yang diperlukan dan sila hubungi Bahagian ICT JKSP untuk tindakan. | 2. PERKHIDMATAN myUSSD(*158#) Sukacita dimaklumkan bahawa JKSM telah pun menyediakan perkhidmatan myUSSD (*158#) untuk kegunaan orang awam khasnya. Perkhidmatan yang di sediakan adalah lokasi alamat mahkamah, kod kes mahkamah dan status kes.
PROSEDUR MAHKAMAH

Prosedur Berurusan dengan Mahkamah Syariah Pahang mengandungi 3 Prosedur Asas :

1. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan.

2. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Tinggi.

3. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rendah.

 

1. Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-

  • Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;

  • Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;

  • Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;

  • Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

2. Pendaftar tetapkan tarikh sebutan. 3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;

  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh.

  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya.

  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham.

  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakanJika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah.

  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan.

  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan

JIKA PIHAK-PIHAK ATAU ORANG KENA TUDUH BERSETUJU.

  1. Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan.

  2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan.

  3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.

  4. Hakim jatuhkan hukuman.

JIKA PIHAK-PIHAK ATAU ORANG KENA TUDUH TIDAK BERSETUJU ATAU TIDAK MENGAKU SALAH HAKIM AKAN MERINTAHKAN KES DIBICARAKAN.

  • Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie.

  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada).

  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada).

  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie.

  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan.

  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’,Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara.                 
    a) Memberi keterangan bersumpah.                 
    b) Memberi keterangan tidak bersumpah.                 
    c) Berdiam diri.

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a)
    Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada).

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b)
    tiada proses keterangan soal balas dan soal semula.

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c)
    Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);

  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh.

  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak.

  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan.

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman.

  • Mana-mana pihak yang terkilan,boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

1) Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di Mahkamah Rendah di para 1.1 berdasarkan.

  • kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa.

  • kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah.

  • hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

  • permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan. 3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan.

  • baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh.

  • pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya.

  • jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham.

  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah.

  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan.

  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan.


JIKA PIHAK-PIHAK ATAU ORANG KENA TUDUH BERSETUJU.

1. Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan.

2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan.

3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.

4. Hakim jatuhkan hukuman.

JIKA PIHAK-PIHAK ATAU ORANG KENA TUDUH TIDAK BERSETUJU ATAU TIDAK MENGAKU SALAH HAKIM AKAN MERINTAHKAN KES DIBICARAKAN.

  • Dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie.

  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada).

  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada).

  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie.

  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan.

  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu

a) memberi keterangan bersumpah b) memberi keterangan tidak bersumpah c) berdiam diri.

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a) Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada)
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b) tiada proses keterangan soal balas dan soal semula
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c) Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada)

Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh.Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak. Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman. Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari

 

1) Pihak yang terkilan menfailkan Notis Rayuan dengan menggunakan Borang MS 29 mengikut peringkat Mahkamah dalam masa empat belas (14) hari selepas kes diputuskan bersama Kebenaran Merayu (jika perlu).

2) Sesalinan Notis Rayuan diserahkan kepada Penentang Rayuan (Responden).

3) Responden menfailkan Notis Rayuan Balas dalam Borang MS 31 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh menerima Notis Rayuan.

4) Perayu mendapat Nota Keterangan bersama-sama Notis dalam tempoh enam belas (16) minggu dari Notis Rayuan difailkan 5) Perayu hendaklah menfailkan Petisyen Rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh Nota Keterangan dan alasan keputusan diterima.

  • lima (5) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi.
  • tujuh (7) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

6) Rekod Rayuan bersama Notis diserahkan kepada Responden untuk pendengaran. 7) Pendengaran kes rayuan dimulakan


Dengan hujah Perayu berdasarkan Petesyen Rayuan.

  • Dihujah balas oleh Responden; dan
  • Didengar hujah semula Perayu (jika ada).

8) Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada diakaskan, diubah, dipinda, diperintah bicara semula, dikekalkan mengikut yang berkenaan.

 

 
Bagi Kes Jenayah sahaja.

 

  1. Tiada rayuan boleh dibuat jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, kecuali tentang takat atau kesalahan hukum.

  2. Jika Perayu berada di penjara, dia bolehlah memberikan pegawai yang menjaga penjara itu suatu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan di dalam Petisyen Rayuan.

  3. Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu kepada mahkamah yang keputusannya dirayu.

 

Paparan Terbaik

pelayarwebjksp

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Mozilla Firefox, Chrome,Internet Explorer.
Hakmilik © 2017 Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. | Kenyataan Hakcipta

Hubungi Kami

qrcodejksp

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang
Jalan Masjid,25000 Kuantan Pahang
Tel : 09-517 7966
Fax: 09-513 4805
#Peta Lokasi

Wednesday the 26th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my. Joomla 3.0 template