Selamat Datang ke Ruangan Khas Ahli KRISPA | TUJUAN PENUBUHAN KRISPA. 1. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam ha-hal yang menyalahi Undang-Undang Negara. 2. Untuk menganjurkan Aktiviti-aktiviti/Program-program yang berbentuk Keagamaan/Kesukanan/Rekreasi/akademik yang boleh mendatangkan manafaat kepada ahli-ahli termasuk aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan. 3. Untuk menggalakkan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggungjawab. Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti Kelab bagi kebaikan ahli-ahli. 4. Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai

 

Berikut Adalah senarai penerima sumbangan KRISPA

2017

NO NAMA PERKARA JUMLAH (RM)
1.  MOHD HAIREY BIN HASSAN MENDAPAT ANAK 100.00
2.  WAN NORAISAH BINTI WAN OSMAN BERTUKAR 200.00
3.  MUHAMMAD AMLY BERTUKAR 200.00
4.  FAIZAH BINTI AHMAD BERTUKAR 200.00
5.  MOHD MUSTAQIM BIN NORDIN BERKAHWIN 100.00
6.  NUR SYAHADAH BINTI SUHAIMI BERKAHWIN 100.00
7.  MOHD KAHAR BIN ARSHAD BERTUKAR 200.00
8.  AZIZ BIN KAMARUDIN BERTUKAR 200.00
9.  NUR SYAZWANI IZZIANTI BINTI ABDUL RAOF MENDAPAT ANAK 100.00
 10.  ABD RAZAK BIN SULONG ANAK CEMERLANG (SPM) 100.00
 11.  TENGKI BALQIS BT TENGKU AMAN MENDAPAT ANAK 100.00
 12.  MUHAMMAD AIZZAT BIN ZAINAL ANAK MASUK WAD 50.00
 13.  MOHD AMIRUL IZWAN BIN MD OTHMAN MENDAPAT ANAK 100.00 
 14.  MOHD AMIRUL IZWAN BIN MD OTHMAN ANAK MASUK WAD 50.00 
 15.  AZNI BT MUHAMAD MASUK WAD 50.00
 16.  AMINUDDIN BIN AWANG DERANI ANAK CEMERLANG (STAM) 130.00
 17.  ABU KASIM BIN PILUS BAPA MENINGGAL DUNIA 200.00
 18.  MOHD KHAIR BIN ZAINAL ABIDIL BAPA MENINGGAL DUNIA  200.00
 19.  FAIZAH BT AHMAD IBU MENINGGAL DUNIA 200.00
20.  ROSITA BINTI DATO'HJ.ISMAIL SUAMI MASUK WAD 50.00
21.  ADZMI BIN ABD RAZAK BERSARA 200.00
22.  NUR DIYANA BINTI HASHIM BERTUKAR 200.00
23.  AHMAD LUTFI BIN ASRI BAPA MENINGGAL 200.00
24.  ROSITA BINTI DATO HJ ISMAIL BERSARA  200.00
25.  ABU KASIM BIN PILUS BERTUKAR 200.00
26.  NORMIZANOMI BINTI ZULKAFLI ANAK MASUK WAD 50.00
27.  NOOR AZARUDDIN BIN UYUB MENDAPAT ANAK 100.00
28.  SAMSUDIN BIN DOLAH YAAKUB BERSARA 200.00
29.  MOHAMAD KHALIL BIN HARUN BERSARA 200.00
30.  ABD RAZAK BIN SULONG MEHUNAIKAN FARDU HAJI 100.00
31.  SAFAWATI BIN AHAMAD ROHANI ANAK MASUK WAD 50.00
32.  HAMDAN BIN ABDUL TALIB ANAK MASUK WAD  50.00
33.  AZNI BIN MUHAMAD SUAMI MASUK WAD 50.00
34.  NORADILAH BINTI HASBULLAH MASUK WAD 50.00
35.  ABDUL RAHMAN BIN MANSOR KECURIAN 200.00
36.  IRNA SALIZA BINTI MOHD ROZALI KECURIAN 200.00
37.  NOR HISHAM BIN AHMAD MASUK WAD 50.00
38.  ABU BARK@NORHALIM BIN BAHARUDIN ISTERI MASUK WAD 50.00
39.  ZUKIES BIN ZAKARIA BERTUKAR 200.00
40.  SAFAWATI BINTI AHMAD ROHANI ANAK MASUK WAD  50.00
41.  NUR SYAZWANI IZZIANTI BINTI ABDUL RAOF MASUK WAD 50.00
42.  TENGKU BALQIS BINTI TENGKU AMAN ANAK MASUK WAD 50.00
43.  SARAH FAWZIA BINTI AHMAD FUZI ANAK MASUK WAD 50.00
44.  ABU BARK@NORHALIM BIN BAHARUDIN ANAK MENINGGAL 200.00
45.  HASNIZA BINTI ABDUL HAMID KECURIAN 200.00
46.  NORHAYATI BINTI NONG ZALI KECURIAN 200.00
47.  ZIN AZRAI BIN ZAHARI BERTUKAR  200.00
48.  ABD LATIF BIN MAT SAID BERTUKAR 200.00
49.  MUNAWAR BIN AHMAD BERTUKAR 200.00
50.  MOHD HADZIR BIN WAHID BERTUKAR 200.00
51.  MOHD SHAHARUDDIN BIN MOHD AZHAR BERTUKAR 200.00
52.  SHABARIAH BINTI HUSSIN KECURIAN 200.00
53.  SABRI BIN MAT YAACOB BERTUKAR  200.00
54.  BUSU FIRDAUS BIN ABU BAKAR IBU MENINGGAL 200.00
55.  MOHD KHAIR BIN ZAINAL ABIDIL ANAK MASUK WAD 50.00
56.  MOHD AMIRUL IZWAN BIN MD OTHMAN BERTUKAR 200.00
57.  SAIFUL RRIZAL BIN MOHAMED ARIFIN BERTUKAR 200.00
58.  AMINUDDIN BIN AWANG DERANI ANAK CEMERLANG (UPSR) 50.00
59.  AZNI BINTI MUHAMAD ANAK MASUK WAD 50.00
60.  RUZAILY BINTI ZAINUDDIN ANAK MASUK WAD 50.00
61.  HAFIDA BINTI MOHD ZAIN ANAK MASUK WAD 50.00
62.  AMINUDDIN BIN AWANG DERANI ANAK CEMERLANG (PT3) 80.00
63.  JAMALIAH BINTI OTHMAN ANAK CEMERLANG (SMA)  100.00
JUMLAH KESELURUHAN BAGI TAHUN 2017 8310.00

2018

JANUARI 2017
BIL NAMA PERKARA JUMLAH (RM)
1.      

 

 

Fasal 5 Ceraian 1: (Perlembagaan KRISPA) 5(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

::BAYARAN MASUK KEAHLIAN:: (sekali sahaja)
Bayaran masuk telah ditetapkan sebanyak RM 10.00 (SEPULUH RINGGIT) Seorang, pembayaran di buat pada pertama kali semasa pendaftaran sahaja Bayaran pendaftaran Khirat Kematian RM 20.00
::BAYARAN YURAN BULANAN::
YURAN AHLI BIASA TELAH DI TETAPKAN SEPERTI BERIKUT:- (PINDAAN PADA MESYUARAT AGUNG 2017)
Bil Perkara Jumlah Bayaran
1 Ahli  yang bergaji kurang dari RM 500.00 Sebulan RM 10.00
2 Ahli yang bergaji antara RM 501.00 ke RM 1000.00 Sebulan RM 10.00
3 Ahli yang bergaji antara RM 1001.00 ke RM 2000.00 Sebulan RM 10.00
4 Ahli yang bergaji antara RM 2001.00 ke RM 3000.00 Sebulan RM 10.00
5 Ahli yang bergaji antara RM 3001.00 ke RM 4000.00 Sebulan RM 10.00
6 Ahli yang bergaji antara RM 4001.00 ke Atas RM 10.00

 

SENARAI TUNTUTAN | SUMBANGAN KRISPA
Bil Jenis Sumbangan Kelayakan/Syarat Nilai/Sumbangan Ulasan/Catatan
1 PEPERIKSAAN (KECEMERLANGAN ANAK)
 1.1 UPSR  5A RM 50.00 Kemukakan Bersama Sijil Peperiksaan.
1.2 PT3 7A ATAU 8A RM 80.00
1.3 SPM 8A ATAU 9A RM 100.00
1.4 SMA PANGKAT 1 (A6-A10) RM 100.00
1.5 STPM Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.67 DAN KEATAS RM 130.00
1.6 STAM MUNTAZ ATAU JAYYID JIDDAN RM 130.00
LAIN-LAIN FAEDAH
2 PERKAHWINAN Perkahwinan Pertama di JKSP RM 100.00 Perkahwinan Pertama Semasa/Sepanjang Bertugas Di JKSP. Perkahwinan haruslah didaftarkan dan tidak tertakluk isteri ke berapa
 3 PERTUKARAN ATAU PERSARAAN  Sekali Sahaja Tertakluk Pada Syarat Di Tetapkan

Tuntutan Pertukaran atau persaraan berdasarkan kepada Tahun Perkihmatan di JKSP

1)  RM50.00(Kurang dari Setahun)

2) RM 100 (setahun ke 3 tahun)

3) RM 150 ( 3 tahun ke 5 tahun)

4) RM 200 (5 Tahun dan keatas)

 4 HOSPITAL / WAD  Di tahan Wad RM 50.00

Hanya sekali  Dalam Setahun

Ahli dan keluarga ahli yang masuk wad
Tafsiran ahli Keluarga.

1. bujang :(IBU dan Bapa).
2. Berkahwin : ( Isteri, Anak-anak dan Anak-anak yang berdaftar termasuk anak Tiri.

3. Kembali Bujang : (Ibu, Bapa kandung dan Anak-anak dan Anak-anak yang didaftarkan.

tidak tertakluk bilangan hari masuk wad

 5 KEMATIAN

Tertakluk kepada nama yang terdapat di dalam Insurans

Khairat kematian diberikan kepada ahli keluarga yang tidak dinamakan di dalam insurans

Tertakluk kepada jumlah yang terdapat di dalam Insurans

RM 200.00

1) Lampir Bersama Sijil Kematian

2) Surat Takaful

3) Tafsiran keluarga rujuk perkara 4

 6 BENCANA

Bencana yang telah di disenaraikan:

  • Kebakaran
  • kecurian
  • banjir
 RM 200.00 5) Sekali setahun
 7 BENCANA/ KEMALANGAN KECIL YANG TIDAK DAPAT DI TAFSIRKAN Bencana yang telah di disenaraikan Mengikut Penilaian Ahli Jawatan Kuasa KRISPA 1) Kemalangan Kecil

2) Bencana Kecil

3) Kecederaan Kecil

para 7 telah dimasuhkan pada mesyaurat AJK 24 april
 8 CAHAYAMATA Anak Petama Di JKSP RM 100.00

Hanya Anak yang pertama lahir sepanjang bertugas di JKSP.

Sumbangan diberikan berdasar kan anak bukan berdasarkan ahli.

ini bermaksud jika suami dan isteri adalah ahli KRISPA maka jumlah sumbangan yang diterima adalah RM 100.00

SUMBANGAN KEBAJIKAN Melihat kepada keadaan sara hidup Melihat kepada keadaan sara hidup Melihat kepada keadaan sara hidup
para 9 telah dimasuhkan pada mesyaurat AJK 24 april
 10 MENUNAIKAN FARDU HAJI  Haji Kali pertama RM 100.00 Haji Kali pertama Sepanjang Bertugas di JKSP
11 HARI LAHIR Sekali dalam Setahun Cenderamata Sekali dalam Setahun
12 PERUNTUKAN AKTIVITI ZON Sekali dalam Setahun Peruntukan dikeluarkan mengikut bilangan pegawai dan kakitangan zon tersebut, seorang diperuntukan sebanyak RM25.00 seorang dan peruntukan ini dikeluarkan setahun sekali berdasarkan kepada permohonan. Permohonan yang tidak dibuat pada tahun semasa tidak boleh di kumpul untuk tahun seterusnya

 

Tuntutan Pertukaran atau persaraan berdasarkan kepada : RM50.00(Kurang dari Setahun),RM 100 (setahun ke 3 tahun), RM 150 ( 3 tahun ke 5 tahun), RM 200 5 Tahun dan keatas

 

 

BERIKUT ADALAH SENARAI PERLEMBAGAAN KRISPA LAMA TERGUNAPAKAI SEBELUM PINDAAN RASMI OLEH (ROS) PERLEMBAGAAN DIBAWAH INI DIKEKALKAN DI LAMAN WEB JKSP HANYALAH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK DIGUNA PAKAI BERMULA TARIKH 11. JULAI 2017.

UNTUK  MENDAPATKAN SENARAI PERLEMBAGAAN TERKINI (PINDAAN 2018-2019) SILA MUAT TURUN DISINI

UNTUK  MENDAPATKAN SENARAI PERLEMBAGAAN (PINDAAN 2017) SILA MUAT TURUN DISINI

 

UNDANG-UNDANG BAGI KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

   FASAL(1) NAMA
 1.(1)   Kelab ini dikenali dengan nama 'Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang' atau ringkasanya KRISPA dan selepas ini disebut sebagai KELAB sahaja.
   FASAL (2) TEMPAT URUSAN
  1.(2)   Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Kelab ini ialah Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Jln Masjid, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.  Alamat berdaftar kelab tidak boleh diubah tanpa mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
 FASAL (3) TUJUAN/MATLAMAT
  1. Untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semagat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam hal-hal yang menyalahi Undang-undang Negara.
  2. Untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti / program-program yang berbentuk keagamaan / kesukanan / rekreasi / akademik yang boleh mendatangkan manfaat kepada ahli-ahli termasuk menjalankan aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan.
  3. Untuk menggalakan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, displin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggujawab.
  4. Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung, dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti kelab bagi kebaikan ahli-ahli.
  5. Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai.
  FASAL (4) KEAHLIAN
Keahlian Kelab hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 2 kategori;

a.  Ahli Biasa

Terdiri daripada kakitangan Jabatan kehakiman Syariah Pahang.  Ahli biasa mempunyai hak mengundi dan memegang jawatan dalam kelab.

b.Ahli Kehormat

Ahli Kehormat akan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Kelab daripada bekas ahli dan orang-orang yang telah membuat jasa kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. 

  1. Ahli Kehormat dikecualikan daripada membayar yuran dan tidak mempunyai hak mengundi atau memegang jawatan dalam kelab ini.\
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada setiausaha dan setiausaha hendaklah seterusnya mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
  3. Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran pendaftaran dan yuran bulan pertama seperti yang ditentukan di fasal 5, diterima menjadi ahli Kelab dan berhak menikmati kemudahan-kemudahan yang sediakan.
FASAL (5)   BAYARAN MASUK / YURAN DAN BAYARAN LAIN

 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran Masuk Bayaran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit) seorang sekali sahaja.

Yuran Bulanan Yuran Ahli bagi Ahli Biasa seperti berikut:

(Pindaan Mesyarat Agong Kali Ke 9 2017)

  1. Ahli yang bergaji kurang daripada RM500.00 sebulan RM10.00

  2. Ahli yang bergaji antara RM501.00 ke RM1000.00 sebulan RM10.00 

  3. Ahli yang bergaji antara RM1001.00 ke RM2000.00 sebulan RM10.00

  4. Ahli yang bergaji antara RM2001.00 ke RM3000.00 sebulan RM10.00

  5. Ahli yang bergaji antara RM3001.00 ke RM4000.00 sebulan RM10.00

  6. Ahli yang bergaji antara Rm4001.00 ke atas sebulan RM10.00

  • Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap bulan. 

  • Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan persetujuan ahli.

  • Ahli yang membiarkan hutang yuranya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

  • Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi enam bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah memerima kenyataan berkenaan hutangya terlebih dahulu.

  • Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlinya terlucut disebabkan hutang.

  • Yuran khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu yang boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.  Kecuali kutipan wang satu-satu perkara yang disifatkan tergempar dengan kelulusan Ahli Jawatankuasa Kelab.

  FASAL (6) PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI
 
  •  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  • Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahlianya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.  Sebelum Jawatankuasa memecat atau mengantungkan ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pengantungganya secara bertulis.  Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.  Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
  FASAL (7) MESYUARAT AGUNG
 
  1. Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekurang-kurangya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, mas dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa.  Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
  • Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan kelab di dalam tahun lalu
  • Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu
  • Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang
  • Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  1. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 4 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira kelab bagi tahun yang telah diaudit.  Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan kelab.
  2. Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan:
  • Bila difikirkan mustahak jawatankuasa atau;
  • Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakanya.  Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.
  • Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  • Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agenda Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  • Fasal 7 (1) dan 7 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas , tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  • Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Agung Tahunan dengan beberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
  FASAL (8) JAWATANKUASA
 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
  • Seorang Pengerusi
  • Seorang timbalan Pengerusi
  • seorang setiausaha
  • seorang penolong setiausaha
  • seorang bendahari
  • 07 orang ahli jawatankuasa biasa
  1. Pemegang-pemegang jawatan kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam kelab ini hendaklah terdiri daripada warga negara malaysia.
  2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa kecuali Setiausaha, Penolong Setiausaha, bendahari mestilah dicadang dan disokong oleh ahli di dalam Mesyuarat Agung.  Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi dari kalangan ahli atau ahli jawatankuasa biasa yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung.  Semua ahli Jawatankuasa boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
  3. Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.  Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.  jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatanya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
  4. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.  Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. 
  5. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.  Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.  Syarat-syarat mengenainya seoerti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
  • Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa
  • Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu
  • Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

  1. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.  Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  2. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak.  Ia boleh mengantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam perkerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab.
  3. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.
  4. Seorang ahli jawatankuasa boleh dipecat dari jawatankuasa sekiranya ia didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan semagat dan Perlembagaan Kelab atau berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik kelab.
  5. Kecuali Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan pemecatan, jawatankuasa berkuasa memecat mana-mana ahli jawatankuasa mengikut Fasal 6 (2) dengan undiaan yang terbanyak
  FASAL (9) KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
 
  1.  Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggujawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.  Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek kelab bersama-sama dengan setiausaha dan bendahari.
  2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa.  Ia bertanggujawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.  Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan , perkerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.  Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.  Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1996.
  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  5. Bendahari adalah bertanggujawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.  Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara jewangan dan bertanggujawab di atas ketepatanya.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan, termasuk mengetuai Jawatankuasa Kecil (Biro) yang ditubuhkan.
  FASAL (10) KEWANGAN
 
  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira.  Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
  2. Bendahari dibolehkan menyimpan Wang Tunai dalam tanganya tidak lebih daripada Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja[RM200.00] pada sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.  Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab.
  3. Tiap-tiap cek atau kenyataan pengeluaran wang kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari.  Semasa ketiadaan pengerusi, timbalan pengerusi boleh menandatangani bersama bendahari.  Kerana ketiadaan pengerusi dan timbalan pengerusi atau bendahari maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti.
  4. Perbelanjaan yang kurang daripada Malaysia: Lima ratus sahaja[RM500.00] bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama setiausaha dan bendahari.  Perbelanjaan yang lebih daripada Ringgit Malaysia:Lima Ratus sahaja[RM500.00] bagi sesuatu mas tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada Ringgit Malaysia: Dua Ribu sahaja [RM2000.00] bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
  5. Penyata Darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan  untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinanya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Kelab.
  6. Kelab juga dibolehkan memiliki tanah atau harta dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perniagaan serta aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang.
  7. Pungutan derma sama ada dihadiahkan oleh orang perseorangan atau pertubuahan dengan kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan.
  8. Tahun Kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.  
  FASAL (11) PEMERIKSA KIRA-KIRA
  1. Dua orang yang bukannya pegawai kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai periksa kira-kira.  Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
  2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.  Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh pengerusi mengaudit kira-kira kelab bagi mana-mana di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.
  FASAL (12) PENGAMANAH
 
  1. Tiga (3) orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh kelab.  Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan kelab dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed Of Trust).
  2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan kelab dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.
  3. Seorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatanya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab atau pekerjaanya dengan memuaskan.  Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perbuangan bagi seseorang pengamanah maka kekosongan otu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
  FASAL (13) TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
 
  1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsiranya kepada Perlembagaan Kelab dan jawatankuas, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan Kelab.
  2. Kecuali pekara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. 
  FASAL (14) PENAUNG/PENASIHAT
 
  1. Pemegang jawatan Ketua Hakim Syarei, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dengan sendirinya menjadi Penaung merangkap selaku Penasihat kepada kelab.
  FASAL (15) LARANGAN
 
  1. Kelab atau ahli-ahli tidak boleh cuba menghalang atau dengan cara apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barng-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
  2. Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama kelab atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasanya atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
  3. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberi oleh kelab kepada mana-mana ahlinya.
  4. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dinamakan di dalam rumah kelab:Roulette, Lotto, Fan Tan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Stau, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
  5. Mana-mana orang tidak boleh memegang menjadi penasihat atau pekerja kelab ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikaina menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966.
  FASAL (16) PINDAAN UNDANG-UNDANG
 Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.  Pemohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undnag-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Kelab dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perunahan atau pindaan itu hanya boleh dikatakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
  FASAL (17)      PEMBUBARAN
  1. Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima[3/5] daripada jumlah undi yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
  2. Sekiranya kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
  3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.  

INDEX : Pembubaran atau pindaan PERLEMBAGAAN KRISPA hanya boleh dilakukan di dalam MESYUARAT AGONG KRISPA yang bersidang 2 tahun sekali, dimana setiap pembubaran atau pindaan harus mendapat 2/3 undi daripada AHLI KRISPA

 NO AHLI NAMA  LOKASI BERKHIDMAT CATATAN 
1 DATO' HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI ABDUL RAHMAN JKSP BERSARA
2 DATO' HAJI RAHMAN BIN MD. YUNOS JKSP  AKTIF
3 MOHD YUSOF BIN AB. GHANI MTS KUANTAN BERSARA
4 ABDUL WAHID BIN HAJI MOHD AL-FAKWIE MRS KUANTAN AKTIF
5 MUHAMMAD AZHARI BIN ABD RAHMAN MTS KUANTAN AKTIF
6 MOHD KHAIR BIN ZAINAL ABIDIN JKSP AKTIF
7 AMINUDDIN BIN AWANG DERANI MRS BENTONG AKTIF
8 ABU KASIM BIN PILUS MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
9 SALEHUDDIN BIN ABDUL MANAF MTS BENTONG TELAH BERTUKAR
10 AHMAD ZAIM BIN HAJI MOHAMED HASSIM MRS KUANTAN     TELAH BERTUKAR
11 ABDULLAH BIN RAMLI MRS JERANTUT BERSARA
12 ROHANA BINTI MD. ISA MTS KUANTAN AKTIF
13 FOZIAH BINTI MANAF  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
14 MOHD NASIR BIN AWANG MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
15 ABD. RAZAK BIN SULONG MTS KUANTAN AKTIF
16 ABDUL RAZAK BIN HAJI MOHD AKIK MRS TEMERLOH AKTIF
17 MARIAH BINTI HAJI DAHALAN MRS MUADZAM SHAH BERSARA
18 JAMALIAH BINTI OTHMAN MRS MARAN AKTIF
19 MOHD KAHAR BIN HAJI ARSHAD MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
20 ZAHARAH BINTI ABD. HAMID MRS RAUB TELAH BERTUKAR
21 HALIMAH BINTI ISMAIL MRS LIPIS AKTIF
22 ZALEHA BINTI HAJI RAMLI MRS ROMPIN AKTIF
23 SAMSULKAMAL BIN KAMARUDDIN MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
24 MOHD NOR BIN SENAWI MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
25 HANAFI BIN SIDEK MRS CHENOR BERSARA
26 SAHARUDDIN BIN HAJI ZAINI MRS KUANTAN AKTIF
27 FUZIAH BINTI IBRAHIM MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
28 ALINA BINTI MUSTAFAR  JKSP TELAH BERTUKAR
29 NOORUL AQMAR BINTI MOHD IZHAR  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
30 FARIDAH BINTI YAACOB  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
31 WAN AZIZU NAIDAH BINTI WAN SULAIMAN  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
32 NORLAILA BINTI AHMAD  MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
33 NOOR ASIKIN BINTI ABU BAKAR  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
34 ROS HANA BINTI IBRAHIM  MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
35 MOHD BAKHRI BIN AHMAD  MTS KUANTAN TELAH BERTUKAR
36 ZULZIADI BIN ZAINUDDIN  MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
37 ALAMUDIN BIN GUSTI  MRS RAUB MENINGGAL DUNIA
38 MOHAMED JAFRI BIN YAHYA  MRS CAMERON HIGHLANDS TELAH BERTUKAR
39 APANDI BIN AHMAD  MRS ROMPIN TELAH BERTUKAR
40 ROSLI BIN DOLAH  MRS MARAN TELAH BERTUKAR
41 ABDUL MUNIF BIN ABDUL AZIZ  MRS LIPIS TELAH BERTUKAR
42 ZULKIPLI @ ZULKUPLI BIN HAJI AWANG  MRS KUANTAN BERSARA
43 ABDUL HAMID BIN OSMAN  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
44 MOHD SALLEHUDIN BIN ZAKARIA  JKSP TELAH BERTUKAR
45 AB. RAZAK BIN HUSSIN  JKSP TELAH BERTUKAR
46 ALIAS BIN MAMAT  JKSP TELAH BERTUKAR
47 MOHD SHAKARY BIN HAMZAH  JKSP TELAH BERTUKAR
48 AZURAIDA BINTI AHMAD  JKSP TELAH BERTUKAR
49 AZMEE BIN ELIAS  JKSP TELAH BERTUKAR
50 ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL AZIZ  JKSP TELAH BERTUKAR
51 MOHAMMAD SALIHUDDIN BIN MASRI  JKSP TELAH BERTUKAR
52 ZUMANI BIN NGAH  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
53 ROSNAH BINTI YUSOF  JKSP TELAH BERTUKAR
54 NOR HISHAM BIN AHMAD  JKSP AKTIF
55 NORMAH BINTI AHMAD  JKSP  TELAH BERTUKAR
56 MUSALLMAH BINTI AWANG  MRS JERANTUT BERSARA
57 WAN NORAISAH BINTI WAN OSMAN  JKSP TELAH BERTUKAR
58 FARADHILLA BINTI ABDUL KARIM  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
59 MUHAMMAD AMLI BIN GHAZALI  MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
60 AZREEN BINTI ROSLAN  MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
61 SITI HAJAR BINTI ZAKARIA  MRS JERANTUT BERSARA
62 MOHD KHALIL BIN HARUN  MRS KUANTAN BERSARA
63 ELBY NURSILAH BINTI MOHD SANNUSI  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
64 SUZANAWATI BINTI ZAHARI  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
65 ARONI BINTI MAT ARIS  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
66 KHAIROL AZRI BIN SAARI  JKSP AKTIF
67 NORANIDA BINTI ABDUL RAFAR  JKSP AKTIF
68 MAZNAH BINTI MUSA  JKSP TELAH BERTUKAR
69 AHMAD ROSEZAINI BIN ABU BAKAR  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
70 SITI HALIZA BINTI ABDUL JALIL  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
71  MUHD FARDZLIN BIN FARHRUDDIN @ KHAIRUDDIN  JKSP TELAH BERTUKAR 
72 TUTY LINA BINTI MOHD NAZAR   MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR 
73 ROZILAWATI BINTI ISMAIL   MRS RAUB TELAH BERTUKAR
74 MOHD RIZAL BIN SALEHUDIN   MRS ROMPIN TELAH BERTUKAR
75 AMIZA BINTI SIHI @ AB. MANAF  MRS KUALA LIPIS TELAH BERTUKAR
76 RAHASARINA BINTI MOHD HANIF   JKSP TELAH BERTUKAR
77 NORAZREEN BINTI NORMAN   MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
78 SAHANOM BINTI OSMAN   MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR 
79 NUR FARHANA BINTI ZUHAY   MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
80 SHAHROM BIN MUHAMAD   JKSP TELAH BERTUKAR
81 NOR FAIZAYTUL AZIRA BINTI IBRAHIM   JKSP TELAH BERTUKAR
82 RAHIMI BIN HUSSIN   JKSP TELAH BERTUKAR 
83 SAHADAN BIN SULAN   JKSP TELAH BERTUKAR 
84 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD HIDZIR  JKSP TELAH BERTUKAR
85 AL-HUMAIDI BIN MOHAMED  JKSP KELUAR KELAB
86 NAHARIAH BINTI ABDUL JABAR  JKSP TELAH BERTUKAR
87 NOR RAHAYU BINTI KAMARUDIN  JKSP AKTIF
88 AINUL ASHIKIN BINTI MOHD ZAMRI  MRS CAMERON HIGHLANDS TELAH BERTUKAR
89 AHMAD ZAMIL BIN MOHD MA'AMON  MRS KUANTAN AKTIF
90 NORAMIRUL BINTI JUNID  MTS BENTONG AKTIF
91 KAMARIAH BINTI JUSOH  JKSP BERSARA
92 AZIZ BIN KAMARUDIN  JKSP TELAH BERTUKAR
93 ABD. HAFIZ BIN MAD RAZI  MRS MARAN TELAH BERTUKAR
94 MOHD ZULKARNAIN BIN KAMARUZAMAN  MRS BENTONG AKTIF
 95 RAHIM BIN BAKAR  MTS BENTONG TELAH BERTUKAR
96 NURUL NASHRAH BINTI ABD. HALIM  JKSP TELAH BERTUKAR
97 NOR HIDAYAH BINTI MAT DARUS  JKSP AKTIF
98 HALIPAH BINTI ABDUL MANAF  MRS BENTONG AKTIF
99 NORAINA BINTI JAMALUDIN @ MAHMUD  JKSP TELAH BERTUKAR
100 TENGKU HAIRUDIN BIN TENGKU JAMALUDIN  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
101 NORHAYATI BINTI MOHD ALI   TELAH BERTUKAR
102 MAZNAH BINTI A. MAJID  JKSP AKTIF
103 SARAH FAWZIA BINTI AHMAD FUZI  MRS RAUB AKTIF
104 UMMU HANIE BINTI MOHAMED FARIDUL ATRASH  MRS MARAN TELAH BERTUKAR
105 NUR FARAHHAIN BINTI ISA  MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
106 MOHD FAHMI BIN ABD. JALIL  JKSP TELAH BERTUKAR
107 HASRINDA BINTI HASBULLAH  JKSP AKTIF
108 MOHAMMAD BAKHTIAR BIN ABU BAKAR  MTS KUANTAN AKTIF
109 AHMAD LUTFI BIN ASRI  MRS JERANTUT AKTIF
110 MUHAMAD ASHARI BIN ABDULLAH  MRS KUANTAN AKTIF
111 SAIFUL RIZAL BIN MOHAMED ARIFIN  MRS TEMERLOH AKTIF
112 ABU BAKR @ NORHALIM BIN BAHARUDIN  MRS CHENOR AKTIF
113 AHMAD DZUISMA BIN AHMAD AFFANDI  MRS RAUB AKTIF
114 MOHAMED RIZAL BIN MOHAMED GHAZALI  JKSP TELAH BERTUKAR
115 KHAIRUL NIZAM BIN ABD. GHANI MTS KUANTAN TELAH BERTUKAR
116 NUR NADIAH BINTI IDRIS  JKSP AKTIF
117 SYED MOKHTAR BIN SYED MUSTAFAR  MTS KUANTAN TELAH BERTUKAR
118 SHAMSUL BIN MOHD PIAH  MRS MUADZAM SHAH TELAH BERTUKAR
119 SYAHIRAH BINTI SAMSUDIN  MRS CHENOR TELAH BERTUKAR
120 ZUHARIDA BINTI KHAIRUDDIN  MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
121 MUNAWAR BIN AHMAD  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
122 SRI MULYANI FATIMAH BINTI HAMZAH  MRS PEKAN TELAH BERTUKAR
123 MOHD FUZAIMI BIN HUSSIN  JKSP AKTIF
124 NORHAYATI BINTI NONG ZALI MRS TEMERLOH AKTIF
125 MOHD NASIR BIN MAT ZAIN  MRS JERANTUT BERSARA
126 MUHAMMAD IDIHAM BIN IRWAN SYAH  JKSP TELAH BERTUKAR
127 AHMAD FAZIL BIN MOHD YUSOF  JKSP TELAH BERTUKAR
128 MOHD FUAD BIN AHMAD  JKSP TELAH BERTUKAR
129 SHARIFAH BINTI SHUIB  JKSP AKTIF
130 ADZMI BIN ABD RAZAK  MRS BENTONG BERSARA
131 BUSU FIRDAUS BIN ABU BAKAR  MRS BENTONG AKTIF
132 MUHAMMAD YUSMIZAN BIN MOHAMAD YUSOF  MRS MUADZAM SHAH AKTIF
133 HAIRUL FITRI BIN HAMZAH  MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
134 HAMDAN BIN ABDUL TALIB  MRS RAUB AKTIF
135 ROSLAN BIN WAHAB  MRS MARAN AKTIF
136 ABD. SAMAD BIN IBRAHIM  MRS LIPIS AKTIF
137 NUR SYAZWANI IZZIANTI BINTI ABDUL RAOF  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
138 ALIMI BIN ZAKARIA  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
139 ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH  MRS ROMPIN BERSARA
140 HADI BIN ISMAIL  JKSP TELAH BERTUKAR
141 HAFIDA BINTI MOHD ZAIN  JKSP TELAH BERTUKAR
142 TENGKU NAZILAH BINTI TENGKU RAZMAN  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
143 AHMAD ZULHIMI BIN MOHD HASHIM  JKSP TELAH BERTUKAR
144 RUZAILY BINTI ZAINUDIN  JKSP AKTIF
145 AZIZUL HAZRY BIN ABDUL GHAFAR  MRS PEKAN AKTIF
146 SAMSUDIN BIN DOLLAH YAAKUB  MRS TEMERLOH TELAH BERTUKAR
147 ZULJAMAL BIN ABU KASIM  MRS CHENOR AKTIF
148 HANIZA BINTI ABDUL HAMID  MRS TEMERLOH AKTIF
149 NORMIZANOMI BINTI ZULKIFLI  JKSP AKTIF
150 FATIMATON ZAHARAH BINTI AHMAD  MRS BENTONG TELAH BERTUKAR
151 SAFAWATI BINTI AHMAD ROHANI  JKSP AKTIF
152 MOHAMAD SHAHRUL AZUAN BIN UYUB  MRS MARAN AKTIF
153 NURSYAHADAH BINTI SUHAIMI  MRS MARAN TELAH BERTUKAR
154 BORHAN BIN HUSSIN  MRS CAMERON HIGHLANDS AKTIF
155 MUHAMMAD HANIS RIDHA BIN MAKMOR  MRS CAMERON HOGHLANDS AKTIF
156 ROSITA BINTI DATO HAJI ISMAIL  JKSP TAMAT PERKHIDMATAN
157 HANAPI BIN HUSSIN  MRS KUANTAM AKTIF
158 NOOR AZARUDDIN BIN UYUB  MRS KUANTAN TELAH BERTUKAR
159 AMALINA BINTI ABU BAKAR @ MOHAMED  JKSP AKTIF
160 MOHD MUSTAQIM BIN NORDIN  MRS KUANTAN AKTIF
161 MUHAMMAD SYAZWAN BIN KARIM  JKSP AKTIF
162 MUHAMMAD AIZZAT BIN ZAINAL  MRS TEMERLOH AKTIF
163 MOHD HAIREY BIN HASSAN  JKSP AKTIF
164 IRNA SALIZA BINTI MOHD ROZALI  JKSP AKTIF
165 FAIZAH BINTI AHMAD  JKSP BERTUKAR
166 NOR AIDILLAH BINTI HARUN JKSP AKTIF
167 NUR DIYANA BINTI HASHIM  JKSP TELAH BERTUKAR
168 AZNI BINTI MUHAMAD  JKSP AKTIF
169 MOHD SHARULNIZAM BIN MOHAMED SALLEH  MRS CAMERON HIGHLANDS TELAH BERTUKAR
170 MOHD SHAHARUDDIN BIN MOHD AZHAR  MRS KUANTAN AKTIF
171 SHAMSOR BIN SHAMSUDIN  JKSP TELAH BERTUKAR
172 M.AKMAL HAFIZUDDIN BIN MOHD ASRI  MRS CAMERON HIGHLANDS AKTIF 
173 MOHD AMIRUL IZWAN BIN MD OTHMAN  MRS ROMPIN TELAH BERTUKAR
174 SHAPIZUL BIN SHAMSUDIN  MTS BENTONG AKTIF 
175 FAZILAH BINTI ABDUL AZIZ  MRS KUANTAN AKTIF
176 SHABARIAH BINTI HUSSIN  JKSP AKTIF
177 AZIZUL BIN ABD AZIZ  MRS BERA AKTIF
178 HAMRI BIN ABDUL HAMID  JKSP AKTIF
179 RAMIZA BINTI SAFIE  MR PEKAN AKTIF
180 ABD AZIZ BIN ABD RAHMAN  JKSP AKTIF
181 FARIZAL BIN SULAIMAN  MRS BENTONG AKTIF
182 ZUKIES BIN ZAKARIA  MRS JERANTUT TELAH BERTUKAR
183 SYARIFAH HIDAYATUL HASANAH BT SYED AFFENDY  JKSP AKTIF
184 ROSDI BIN ABD HALIM  JKSP AKTIF
185 TENGKU BALQIS BINTI TENGKU AMAN  MRS BENTONG  AKTIF
186  SITI ZURIANA BINTI SH ABDULLAH  MRS PEKAN  AKTIF
187  MOHD SHUKUR BIN HJ DERAN  JKSP AKTIF 
188  SUZANA BINTI NIK  JKSP  AKTIF
189 NORADILAH BINTI HASBULLAH  JKSP AKTIF
190 ABD RAHMAN BIN MANSUR  JKSP AKTIF
191 SABRI BIN MAT YAACOB  JKSP TELAH BERTUKAR
192 ZIN AZRAI BIN ZAHARI  JKSP TELAH BERTUKAR
193 MOHD HADZIR BIN WAHID  JKSP TELAH BERTUKAR
194 ABD LATIF BIN MAT SAID  JKSP TELAH BERTUKAR
195 SALEHUDDIN BIN ABDUL MANAF  MTS BENTONG AKTIF
196 SHARIFAH ZUHANA BINTI SYED ZAINAL ABIDIN  JKSP AKTIF
197 SHAHIDHA BEEVI BINTI KALAM BAN KHNHI MOHAMAD  JKSP AKTIF
198 NOR FARIZAN BIN RAMLI  JKSP  AKTIF
199 MOHD NASRI BIN YUSOF  JKSP AKTIF
200 AL-HUMAIDI BIN MOHAMMED  JKSP  AKTIF
201 SUZIE NORHANA BINTI MOHAMED  JKSP  AKTIF
202 NORSILAH BINTI HAJI ABDUL RAHIM  JKSP  AKTIF
203 SHAHRUDDIN BIN MOHAMMAD  MRS KUANTAN  AKTIF
204 MUMAHHAD KHAIRI AZRI BIN MOHAMED PAUDZI  MRS CAMERON HIGHLANDS  AKTIF
205 NUR HAZIATUN BIN AHMAD IZAMUDDIN  MRS KUANTAN  AKTIF
206 SYED MOHD FAIZAL BIN SYED HAMID  MR SKUANTAM  AKTIF
207 ZULMANI BIN NGAH  MRS TEMERLOH  AKTIF
208 MARLINDA BINTI MOHAMMAD AMIN  MRS MARAN AKTIF
209 NURUL HANISAH BINTI MOHD ZUKI  MRS CAMERON HIGHLANDS AKTIF
210 ABDULLAH UMAIR BINTI MOHD SALEHUDIN  MRS BENTONG AKTIF
211 NURUL JANNAH BINTI RABUDIN  JKSP AKTIF
212 SALIM BIN HASANUDIN  MRS ROMPIN AKTIF
213  NURUL SYUHADA BINTI MOHD NASIR MTS KUANTAN AKTIF
214  ROSLINA BINTI AB MAJID JKSP  AKTIF
215  NORAZREENA BINTI SAMURI MRS BENTONG  AKTIF
216  MARLINDA BINTI HAMZAM MRS BERA AKTIF
217  AZEERA  BINTI ALI JKSP  AKTIF
218  ANIDA BINTI NOR RAHMAT MRS LIPIS  AKTIF
219  NORALIZA BINTI ABU ZAHIT MRS MARAN  AKTIF
220  AIDA RIYANI BINTI ABDUL MAJID JKSP  AKTIF
221  MUHAMAD SAHRIL BIN SAHBUDIN MRS RAUB  AKTIF
222  MASTURAH BINTI MUSTAPHA MRS KUANTAN  AKTIF
223  NURZAIRUL AZIRA BINTI UYUB MRS PEKAN  AKTIF
224  NOORAKMA BINTI RAKMAN MRS TEMERLOH  AKTIF
225  FOZIAH BINTI MANAF  MRS JERANTUT  AKTIF
226  AZWA HANIM BINTI KAMARUZAMAN MTS KUANTAN  AKTIF
227  SAMSULKAMAL BIN KAMARUDIN MRS CAMERON HIGHLANDS  AKTIF
228  NORLIANA BINTI RAMLI  MRS ROMPIN  AKTIF
229  NOR LIYANA BINTI NASURDIN  MTS BENTONG  AKTIF
230  MUHAMMAD ZAIMBIN ABDULLAH MRS BENTONG  AKTIF
231  AUFA BIN MOHAMED SABALLAH MTS BENTONG  AKTIF
232  AHMAD SUFI BIN ABDUL SAMAD MTS KUANTAN  AKTIF
233  TUTY LINA BINTI MOHD NAZAR MRS  CAMERON HIGHLANDS  AKTIF
234  IZATI BINTI MOHAMED ZAWAWI MRS JERANTUT AKTIF
235  AHMAD SYAHRIZAN BIN DALI  MRS KUANTAN  AKTIF
236  MOHD FAIZAL BIN ALI MRS KUANTAN  AKTIF
237  NORAZLI BIN SHAHDAN MRS JERANTUT  AKTIF
238  UMMU HANIE BINTI MOHAMED FARIDUL ATRASH MRS JERANTUT  AKTIF
239  WAZIRA BINTI WAHAB JKSP  AKTIF
240  NORDIYANAH BINTI ABDUL RAZAK MRS JERANTUT  AKTIF
DIKEMASKINI PADA : 10 JULAI 2019
Tuesday the 12th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.