Polisi E-Penyertaan

POLISI E-PENYERTAAN 
 

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP). JKSP sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan.

Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur. Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, JKSP amat mengalu-alukan penyertaan orang ramai dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

 BIL PERKARA 
 1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali. 
2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan 'COPYRIGHT LAW', 'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain.
7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

 

ADUAN | MAKLUMBALAS | PENYERTAAN

Pihak JKSP sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.  Semua pertanyaan, aduan dan cadangan akan di beri perhatian bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan JKSP.  Bagi tujuan tersebut, beberapa platform yang bersesuaian disediakan oleh JKSP bagi menggalakkan interaksi antara pihak JKSP dan juga orang awam. Antara saluran komunikasi yang disediakan :

 

BIL PERKARA E-MAIL RASMI
1 Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke alamat emel berikut Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Sebarang cadangan , boleh diajukan ke alamat emel berikut

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3 Sebarang aduan , boleh diajukan ke alamat emel berikut

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4 Sebarang masalah teknikal atau komen mengenai portal JKSP, boleh diajukan ke alamat emel berikut

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Facebook

Orang awam juga boleh berkomunikasi dengan JKSM melalui Face Book JKSP

Telefon/Fax

Sila hubungi kami di talian (+609) 517 7966 atau fax (+609) 513 4805

Alamat Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Jalan Masjid, 25000, Kuantan Pahang

MAKLUMBALAS

 

Senarai pertanyaan/cadangan/aduan yang dipaparkan ini adalah pertanyaan/cadangan/aduan orang awam yang telah dikemukakan melalui beberapa saluran bagi meningkatkan perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. 
 
BIL NAMA ADUAN / MAKLUMAN / CADANGAN MAKLUMBALAS
1 Maimunah Assalamualaikum..saya ada daftar kes untuk memohon hak penjagaan anak-anak di mahkamah tinggi syariah tawau.Penetapan tarikh majlis sulh adalah tidak lewat 2 minggu dari tarikh daftar kes.saya daftar 3/8/16 dan diberikan notis hadir majlis sulh 29/8/16. Kalau ikutkan sudah lebih 2 minggu atau bahagian pendaftar salah tetapkan tarikh?

Assalamualaikum wrt dan salam 1Malaysia. Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

Jabatan ini mengambil maklum akan perkara yang pihak Puan utarakan dan pihak kami akan cuba mendapatkan penjelasan daripada mahkamah yang terlibat. Walaubagaimanapun, adalah dipohon kerjasama pihak Puan untuk memberikan maklumat seperti no kes dan nama penuh Puan bagi memudahkan proses siasatan dijalankan.

Adalah dipohon kerjasama pihak Puan juga untuk meninggalkan nombor telefon untuk kami hubungi.

Segala kerjasama Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 2 Hafizah Hani Binti Azizan  

Assalammualaikum. Mohon jasabaik pihak tuan memberi kefahaman kepada saya tentang Faraid dan yg berhak menerimanya.

KES:

Seorang sahabat saya yg kematian isteri, telah meninggal dunia dan meninggalkan 4orang anak.3 Lelaki dan 1 Perempuan. Ibunya masih hidup. Dari kefahaman saya,mereka diatas layak menerima faraid peninggalan arwah.

SOALAN 1: Apakah menantu dan cucu arwah layak membuat tuntutan faraid.

SOALAN 2: Siapakah lagi yg layak membuat tuntutan faraid.

SOALAN 3:Bagaimanakah pembahagian faraid harus dilakukan.

Mohon pihak tuan berikan pecahan faraid kepada mereka2 yg layak menerima.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan terimakasih.

Sekian.

 

Waalaikumussalam dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Mengenai Faraid, apabila seorang isteri meninggal dunia maka suami, anak-anak, ibu kepada arwah dan bapa kepada arwah wajib menerima bahagian masing-masing seperti yang ditetapkan dalam Hukum. Jika Encik ingin membuat kiraan, Encik boleh ke Laman Web JKSM dan pergi di bahagian Faraid dan pilih butang K-Faraid.

Walaubagaimanapun kami nasihatkan agar kawan Encik pergi ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk failkan kes Permohonan Faraid agar mendapat Perintah/ Sijil Faraid. Melalui Perintah Mahkamah jika ada pihak tidak berouas hati Maka ada bukti dan ada ruang untuk dibuat rayuan.

Semoga jawapan ini dapat membantu Encik. Jika Encik ingin hubungi kami maka Encik boleh ke talian 09-517 7966 atau Encik boleh tinggalkan nombor telefon untuk kami hubungi semula. Sekian, terima kasih. Wassalam

 3  Jehan Safura Kharudin Assalammualaikum,saya ingin bertanya beberapa soalan tentang pernikahan luar negara. Bagaimanakah saya ingin mendaftar nikah di malaysia jika suami saya seorang anggota polis yang berpoligami? apakah prosuder dan syarat yang diperlukan?  

Waalaikumussalam dan Salam 1Malaysia

Terima kasih. Puan atau suami boleh ke Pejabat Agama Islam berdekatan untuk mendapatkan status perkahwinan tersebut atau Puan atau Suami boleh terus ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk mendapatkan Pengesahan Pernikahan Poligami.

Semoga jawapan ini dapat membantu Puan. Jika Puan ingin hubungi kami maka Puan boleh ke talian 09-517 7966 atau Puan boleh tinggalkan nombor telefon untuk kami hubungi semula. Sekian, terima kasih. Wassalam

 

 

Wednesday the 20th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.