Soalan Lazim (FAQ) PENGURUSAN KES

 

1 Soalan Bilakah tarikh kawalan pergerakan berkuatkuasa ?
  Jawapan  Tarikh Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 sehingga 09 Jun 2020 dan tertakhluk kepada apa-apa tarikh lanjutan yang di umumkan oleh kerjaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
   
2 Soalan Adakah Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) akan beroperasi sepanjang tempoh PKP ?
  Jawapan Ya, JKSP akan beroperasi dalam tempoh PKP bermula 27 April 2020 berdasarkan Standard Operating Procedures (SOP) yang telah diluluskan pada 23 April 2020.
   
3 Soalan Adakah semua kes didengar dalam tempoh PKP ini ?
  Jawapan

Tidak, hanya kes-kes yang telah ditetapkan sahaja yang akan didengar iaitu :
a) Pengesahan Lafaz Cerai (kedua-dua pihak setuju untuk rujuk)
b) Nafkah Anak (kedua-dua pihak bersetuju)
c) Nafkah Isteri (kedua-dua pihak bersetuju)
d) Hadhanah (kedua-dua pihak bersetuju)
e) Permohonan Wali Hakim (borang yang lengkap dan disertakan sekali Laporan Siasatan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
f) Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur (borang yang lengkap dan disertakan sekali Laporan Siasatan PAID)

   
4 Soalan Apakah syarat-syarat permohonan perbicaraan di mahkamah syariah dalam tempoh ?
  Jawapan

a) Permohonan kes yang mendesak atau merekodkan persetujuan disertakan dengan Perakuan Segera yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah;
b) Mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi langkah pencegahan di tempat kerja.

   
5 Soalan Perlukah pelanggan hadir ke mahkamah syariah untuk pertanyaan atau pendaftaran kes ?
  Jawapan

Tidak, pelanggan tidak perlu hadir ke mahkamah syariah untuk pertanyaan atau pendaftaran kes sebaliknya pelanggan hendaklah menghubungi Person In Charge (PIC) yang dilantik seperti di bawah :

Pertanyaan Umum

a) 012-3944452
b) 010-2947829
c) 014-8197537

Person In Charge (PIC) - Mengikut Daerah :

1 Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan - 012-908 5067
2. Mahkamah Tinggi Syariah Temerloh - 014-217 0965
3 Mahkamah Tinggi Syariah Bentong - 012-964 1791

4 Mahkamah Rendah Syariah Kuantan - 019-939 4600
5 Mahkamah Rendah Syariah Bentong - 010-656 0894
6 Mahkamah Rendah Syariah Pekan - 011-254 65502
7 Mahkamah Rendah Syariah Rompin - 019-926 3881

8 Mahkamah Rendah Syariah Muadzam - 013-997 9497
9 Mahkamah Rendah Syariah Maran - 014-217 0965
10 Mahkamah Rendah Syariah Bera - 019-912 0303
11 Mahkamah Rendah Syariah Chenor - 018-902 7091
12 Mahkamah Rendah Syariah Temerloh - 019-988 5567

13 Mahkamah Rendah Syariah Raub - 017-927 7041
14 Mahkamah Rendah Syariah Lipis - 019-941 8260
15 Mahkamah Rendah Syariah Jerantut - 019-979 6044
16 Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands - 013-390 2575

Waktu operasi adalah bermula pada hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 8.00 Pagi sehingga 4.00 Petang. PIC akan membantu pelanggan dan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

   
6 Soalan Bilakah masa persidangan mahkamah syariah setelah kes diluluskan untuk didengar ?
  Jawapan

a) Mahkamah yang bersidang mendengar kes hanya pada hari Isnin hingga Khamis sahaja
b) Bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari sahaja.
c) Sehari telah ditetapkan pendengaran kepada 3 kes sahaja iaitu jam 9.00 pagi pendengaran kes pertama, jam 10.00 pagi pendengaran kes kedua dan jam 11.00 pagi pendengaran kes ketiga serta urusan yang berkaitan.

   
7 Soalan Adakah peraturan-peraturan lain yang perlu dipatuhi ?
  Jawapan

JKSP menetapkan peringatan yang penting perlu dipatuhi oleh pelanggan iaitu :
a) Hanya pihak-pihak yang dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah.
b) Kanak-kanak / bayi di larang sama sekali hadir semasa proses pendengaran kes.
c) Pihak-pihak diwajibkan memakai mask dan hendaklah menggunakan hand sanitizer dengan cara yang betul.
d) Pihak-pihak dilarang menyentuh peralatan mahkamah dan dinasihatkan menghadkan pergerakan semasa di dalam perkarangan mahkamah.
e) Prosiding pendengaran kes hendaklah berlangsung dalam tempoh tidak melebihi 20 minit.
f) Pihak Mahkamah akan menyediakan laluan yang tertentu sahaja untuk kegunaan pelanggan yang hadir.

***PENTING
Pihak mahkamah yang berkenaan berhak menangguhkan kes jika pelanggan gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan JKSP dinasihatkan oleh MKN untuk mematuhi syarat-syarat yang ketat semasa PKP.

1.     

Tuesday the 2nd. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.