Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

 

Alamat Jabatan kehakiman Syariah Pahang
Jabatan Kehakiman Syariah Pahang,
Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Pegawai Boleh dihubungi melalui sambuangan dari talian
Tel: 09-5177966 atau :: Fax: 09-513 4805

 

Merujuk Arahan Amalan No. 16 Tahun 2007 Gelaran-Gelaran Pegawai Mahkamah

Telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan gelaran panggilan yang digunakan dalam mana-mana perbicaraan atau surat menyurat adalah seperti berikut :-

(a) Dalam Perbicaraan
i) Pengerusi Panel Rayuan Syariah ... Yang Amat Arif
ii) Ketua Hakim Syarie Negeri ... Yang Amat Arif
iii) Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ... Yang Arif
iv) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ... Yang Arif
v) Hakim Mahkamah Rendah Syariah ... Tuan Hakim
vi) Ketua Pendaftar/Pendaftar ... Tuan/Puan Pendaftar
vii) Pendakwa Syarie/Peguam Syarie ... Tuan/Puan Yg Bijaksana

(b) Surat Menyurat
i) Pengerusi Panel Rayuan Syariah ... Yang Amat Arif
ii) Ketua Hakim Syarie Negeri ... Yang Amat Arif
iii) Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ... Yang Arif
iv) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ... Yang Arif
v) Hakim Mahkamah Rendah Syariah ... Tuan Hakim
vi) Ketua Pendaftar/Pendaftar ... Tuan/Puan Pendaftar
vii) Pendakwa Syarie/Peguam Syarie ... Tuan/Puan
viii) Pegawai Sulh ... Tuan/Puan
ix) Penolong Pendaftar ... Tuan/Puan PenolongPendaftar

 

Waktu Urusan Kaunter

ISNIN-KHAMIS 8.30 - 12.30 2.30 - 4.30
JUMAAT 8.30 - 12.00 3.00 - 4.00 *CUTI : Setiap Sabtu,Ahad dan hari-hari kelepasan Am

 

 

Jabatan kehakiman Syariah Pahang mempunyai dua jenis penjawatan, yang pertama jawatan Persekutuan dan kedua Jawatan dari Kerajaan Negeri.

Bagi jawatan Persekutuan : Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

 

Bagi Jawatan Negeri : Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang iaitu http://mohonspa.pahang.gov.my/frmMainperibadi.php  di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang.

Permohonan Penyampaian Luar Bidang Kuasa tidak difailkan bagi kes yang Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang berada di luar Wilayah Persekutuan

Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar negeri Wilayah Persekutuan.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana cuti sakit.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana untuk melantik peguam.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina.

Pihak Menuntut / Pemohon atau Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir.

Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit.

Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan.

Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi.

Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu.

Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi.

Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam.

Saman kepada Tertuduh tidak dapat diserahkan.

Waran tangkap tidak dapat diserahkan.

Afidavit penyampaian kepada Tertuduh tidak difailkan apabila membabitkan luar daripada Wilayah Persekutuan

Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini Tertuduh.

Hakim cuti kecemasan.

Hakim cuti sakit.

Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak / peguam tidak hadir tanpa sebab.

Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran.

Pada kelazimannya tarikh sebutan akan diberikan serta-merta selepas pendaftaran kes disempurnakan dan tarikh sebutan akan ditentukan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas kes didaftarkan.

Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa Hakim ialah apabila kes anda disebut / dibicarakan di dewan mahkamah atau semasa mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes bolehlah berjumpa dengan pihak Pembantu Pendaftar atau Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah dan Pembantu Pendaftar atau Pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah.

 

Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar perintah nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan dibuat oleh pihak suami bukan mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan seperti mana yang dipohon oleh puan.

Mereka Yang Boleh Memohon Ialah Di Antaranya :
1. Saudara Baru (Muallaf) Yang Tidak Mempunyai Wali Nasab Yang Beragama Islam.
2. Wali Ghaib
3. Wali Enggan
4. Anak Tak Sah Taraf
5. Wali Dalam Ihram

Sekiranya Pernikahan Poligami Tersebut Disahkan Oleh Mahkamah, Puan Boleh Memohon Perintah Nafkah Diri Puan, Nafkah Anak, Harta Sepencarian, Hutang Dalam Perkahwinan, Tunggakkan Nafkah Isteri Dan Anak Serta Hak Tempat Tinggal.

Sebab itulah undang-undang menetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum kebenaran bernikah diberikan untuk mengurangkan permasalahan yang mungkin berlaku dalam sesebuah perkahwinan.Walau apa alasan sekalipun, pernikahan di sempadan perlu dilihat dan difikirkan secara mendalam kerana ia membabitkan status sah pernikahan, keturunan, nasab dan hak yang wujud daripada pernikahan itu.

Islam telah menetapkan beberapa syarat dan rukun yang perlu dipenuhi untuk membolehkan sesuatu perkahwinan itu sah. Apabila sempurna rukun-rukun itu maka sahlah pernikahan yang berlaku tidak kira ia dilakukan dalam negara mahupun di luar negara.

Mohon kebenaran kahwin Bagi mengawal selia setiap pernikahan yang dicadangkan, Undang-undang Keluarga Islam setiap negeri menetapkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan pernikahan dibuat antaranya memohon kebenaran berkahwin sehinggalah kebenaran diperoleh daripada pendaftar.Ramai hari ini mengambil pendekatan yang mudah dengan berkahwin di sempadan atau di luar negara terutama di wilayah selatan Thailand dan Indonesia. Bagaimanapun, ramai tidak sedar tindakan itu sebenarnya mengundang risiko lebih besar.

Alasan nikah di seberang sempadan Ada beberapa sebab yang menyebabkan masyarakat memilih untuk pernikahan di seberang sempadan antaranya perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga, berpoligami secara rahsia atau tanpa pengetahuan isteri, akibat terlanjur atau melahirkan anak luar nikah.

Walau apa alasan sekalipun, pernikahan di sempadan perlu dilihat dan difikirkan secara mendalam kerana ia membabitkan status sah pernikahan, keturunan, nasab dan hak yang wujud daripada pernikahan itu.Ramai yang tidak sedar pernikahan yang dijalankan di sempadan juga terdedah kepada sindiket yang mungkin boleh menyebabkan pernikahan itu tidak sah. Jika pernikahan dijalankan oleh sindiket, status wali boleh diragui.

Kedudukan wali hakim yang menikahkan pasangan adalah penting untuk menentukan kesahihan pernikahan. Jika wali hakim yang menikahkan pasangan tidak mempunyai tauliah pewalian yang sah dari kerajaan negara itu, maka pewaliannya adalah fasid dan nikah tidak sah.Setiap wali hakim yang dilantik mestilah mempunyai kuasa wali seperti disyaratkan hukum syarak dan undang-undang negara itu. Isu ini perlu diberi perhatian yang serius kerana ia jarang diberi perhatian oleh mereka yang melakukan akad nikah di sempadan.

Kehendak dan keinginan berkahwin ini ada kala menyebabkan mereka alpa serta lalai dalam memenuhi rukun digariskan syarak.Selain isu wali, pernikahan di sempadan yang kemudian tidak didaftarkan juga boleh menyebabkan suami atau isteri tidak mendapat haknya dari sudut undang-undang di Malaysia. Anak yang lahir biasanya tidak dibinkan kepada bapa kerana tiada sijil nikah daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Pernikahan perlu didaftarkan Pernikahan perlu disahkan dan didaftarkan terlebih dulu untuk membolehkan pendaftaran anak-anak dibuat dengan sempurna. Selain itu, isteri juga tidak boleh menuntut hak termasuk nafkah, giliran dan sebagainya jika wujud permasalahan dalam rumah tangga mereka.Jika perceraian berlaku, ia juga akan menimbulkan permasalahan dalam isu berkaitan hak selepas perceraian. Permasalahan lebih besar akan berlaku jika pernikahan di sempadan dirahsiakan dari pengetahuan keluarga, sahabat mahupun rakan karib.

Jika berlaku kematian atau perceraian ia sukar dibuktikan kerana tiada maklumat berkaitan. Ia akan menyebabkan hak berkaitan pewarisan dan keturunan tidak dapat dilaksanakan kepada waris yang berhak hasil dari wujudnya pernikahan dirahsiakan itu.Pernikahan di sempadan yang tidak didaftarkan juga boleh menyebabkan timbulnya isu digantung tidak bertali. Apabila berlaku masalah dalam rumah tangga, pasangan tidak boleh memohon perceraian kerana tidak ada asas disebabkan pernikahan tidak mengikut undang-undang.

Keinginan dan kehendak untuk bernikah secara rahsia di sempadan perlu diperhalusi kerana berisiko. Kehendak itu boleh menyebabkan pengabaian terhadap segala hak-hak yang sewajarnya diperoleh daripada sebuah perkahwinan.Satu kajian dan mekanisme perlu dilaksanakan bagi melihat sebab musabab yang membawa kepada meningkatnya pernikahan di sempadan. Kajian juga perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kesan akibat pernikahan di sempadan lebih-lebih lagi pernikahan disembunyikan daripada pengetahuan.

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri :


- Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu (1) tahun.
- Tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri selama tempoh tiga (3) bulan.
- Telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih.
- Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu (1) tahun.
- Telah mati pucuk.
- Telah gila selama tempoh dua (2) tahun.
- Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
- Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isterinya menderita.
- Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
- Memaksa isteri hidup secara lucah.
- Melupuskan harta isteri.
- Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
- Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak..
- Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun empat (4) bulan telah berkahwin.
- Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Yang Berkuat Kuasa Di Setiap Negeri, Perceraian Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Dilafazkan Di Luar Mahkamah. Maknanya, Bagaimanapun Teruknya Keadaan Rumahtangga Itu, Pasangan Berkenaan Mestilah Meminta Kebenaran Dari Mahkamah Syariah Untuk Melafazkan Cerai.

Melafazkan Cerai Samada Talaq 1 Atau 2 Atau 3 Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Adalah Satu Kesalahan Jenayah Syariah. Tidak Kiralah Samada Lafaz Cerai Itu Disebabkan Oleh Permintaan Atau Desakan Dari Isteri Atau Atas Kehendak Suami.

Jika Suami Sudah Terlafaz Cerai Di Rumah, Di Pejabat, Di Dalam Kereta, Atau Di Mana Saja, Asalkan Tanpa Kebenaran Mahkamah, Maka Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Itu Ialah Merujukkan Hal Tersebut Di Mahkamah Syariah Di Mana Pasangan Tinggal Atau Bermastautin. Buat Satu Permohonan Untuk Memohon Pengesahan Samada Lafaz Cerai Tersebut Sah Atau Tidak.

TALAK Mengikut Syarak Ialah Melepaskan Ikatan Per Kahwinan Dan Membubarkan Hubungan Antara Suami Isteri (Sabiq, II: 155).

Umumnya, Talak Jatuh Walaupun Dalam Keadaan Marah Yang Biasa Atau Tanpa Niat Sekiranya Ucapan Talak Dilafazkan Secara Jelas (Sarih).Ia Jatuh Apabila Dibuat Oleh Suami Yang Berakal, Baligh Dan Atas Pilihan Sendiri. Apabila Suami Gila, Tidak Sampai Umur Baligh Atau Dipaksa Maka Tidak Jatuh Talak Itu.Maksud Sedar Atau Tidak Ialah Keadaan Ketika Kata-Kata Talak Itu Dilafazkan. Contohnya, Lafaz Talak Suami Yang Gila Tidak Jatuh Talak Kerana Ia Dibuat Tanpa Sedar.

Mengenai Talak Dalam Keadaan Marah, Ada Pendapat Me Nyatakan Dalam Keadaan Marah Teramat Sangat Sehingga Suami Seolah-Olah Hilang Akal, Talak Tidak Jatuh.Nabi Muhammad S.A.W Bersabda Yang Bermaksud: "Tiada Talak Dan Merdeka (Hamba) Ketika Tertutup Akal (Ighlaq)." Bagaimanapun, Apabila Lafaz Talak Dikeluarkan Hendaklah Dirujuk Kepada Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan.

Ikatan perkahwinan merupakan rahmat Allah kepada hambanya. Ia telah digambarkan melalui surah Al-Baqarah: 187, Isteri kamu pakaian kamu, kamu pula pakaian mereka.

Perkara utama yang harus ditentukan di sini ialah sama ada talak telah jatuh melalui pesanan SMS. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan sesuatu lafaz cerai.

Terdapat dua jenis perceraian iaitu di dalam (dengan izin) dan di luar (tanpa izin) mahkamah. Puan harus memohon pengesahan perceraian tersebut di bawah Seksyen 55A. Seksyen tersebut memperuntukkan kepada mahkamah kuasa untuk mengesahkan dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di luar mahkamah.

Pihak mahkamah dalam membuat pengesahan perceraian terlebih dulu mengadakan siasatan bagi memastikan lafaz talak itu sah mengikut hukum syarak. Sekiranya mahkamah berpuas hati mengenai lafaz cerai tersebut, maka ia adalah tertakluk di bawah Seksyen 124 untuk membuat perintah membenarkan perceraian, merekodkan dan memberitahu kepada pendaftar.

Berbalik kepada persoalan bagaimana hendak menentukan sah atau tidaknya sesuatu perceraian di luar mahkamah. Mahkamah akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.

Apabila sempurna kesemua rukun talak maka sabitlah perceraian. Di dalam kitab Banatu ak-Talibin telah dinyatakan mengenai lima rukun talak iaitu, suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan (diniatkan) kepada siapa talak itu, isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

Asas mensabitkan berlaku atau tidak perceraian melalui pesanan SMS memerlukan kepada keyakinan daripada suami bahawa sememangnya beliau yang menulis pesanan SMS tersebut secara sengaja tanpa paksaan dan ditujukan khas kepada isteri.

Ini bertepatan dengan kaedah Fekah, iaitu tulisan itu adalah diiktibarkan syarak sama seperti perkataan yang dilafazkan di dalam perceraian. Menjadi suatu kewajipan untuk menghilangkan sebarang perasaan was-was atau ketidakpastian dalam menjatuhkan talak.

Jika wujud ketidakpastian dalam salah satu daripada kelima-lima syarat talak maka perceraian tersebut tidak jatuh. Kebiasaannya mahkamah akan meminta suami melakukan sumpah syarie terhadap pesanan SMS yang dimaksudkan.
Jika telah sabit kepastian melalui lafaz sumpahnya maka jatuhlah talak tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab puan dan suami untuk berlaku jujur di dalam perkara ini demi menghilangkan perkara subahat yang melingkari ikatan pernikahan puan.

Mengenai perceraian dalam keadaan marah, timbul perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai sama ada gugur atau tidak talak itu.

Mengikut sebahagian ulama, jatuh talak yang dilafazkan dalam keadaan marah kerana perasaan tersebut masih boleh dikawal oleh seseorang. Antara lain, orang yang dalam keadaan marah tidak termasuk dalam golongan orang yang terkeluar daripada beban taklif.

Manakala mengikut pendapat Ibnu Qayyim, beliau telah membahagikan marah ini kepada tiga keadaan yang berbeza dan turut berbeza hukum talak pada ketika itu.

Keadaan pertama, marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. Talak yang dilafazkan pada ketika ini dihukumkan jatuh.

Kedua, keadaan marah yang sampai ke tahap seolah-olah hilang akal, iaitu tidak sedar mengenai apa yang diperkatakan. Jumhur Ulama sepakat berpendapat talak yang dilafazkan tidak gugur kerana disamakan dengan orang gila yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban taklif.

Ketiga ialah marah yang berada antara tahap pertama dan kedua. Marah pada tahap ini diperselisihkan ulama pada hukumnya dan perlu juga dilihat kepada aspek dalil, selain mempertimbangkan suasana perceraian ini berlaku serta maslahah dan kepentingan anak-anak.

Justeru, sebagai langkah menentukan sama ada jatuh atau tidak lafaz perceraian dalam keadaan marah, hendaklah dimaklumkan kepada Mahkamah Syariah memandangkan ia mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan perceraian yang dilafazkan di dalam keadaan marah.

 

hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

              1. Nafkah Edah               2. Mut'ah               3. Harta Sepencarian               4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)               5. Nafkah Anak               6. Tunggakan Nafkaf               7. Hak Tempat Tinggal

Nafkah Edah Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam temph Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Muta’ah Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

Harta Sepencarian Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Tunggakan Nafkah Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

Tunggakan Nafkah Anak Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

Hak Jagaan Anak Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adlah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah Anak Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

Hak Tempat Tinggal Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.

 

 

Dalam perkara ini apabila puan telah memperolehi perintah dari mahkamah syariah tentang pemberiaan nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di mahkamah syariah berhampiran. Di mahkamah syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Kelurga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah pelaksanaan nafkah.

Di antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah:


a) Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.

b) Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.

c) Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.

d) Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.

e) Membetul salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.

Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan ( iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . Qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

 

 

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan

Hibbah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

 

 

Bagi harta yang bernilai kurang dari seratus ribu ringgit

( seperti Nilai Duit +Saham +Ternakan +Rumah+ kereta+ Kebun+ Dan Lain-lain) harus dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran

tetapi bagi Nilai harta lebih dari Seratus Ribu Ringgit harus dirujuk dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi syariah.

Kes-kes yang memerlukan perkhimatan peguam syarie adalah kes-kes yang Berkaitan Poligami, Pengesahan Perkahwinan biasanya bagi kes-kes perkahwinan di Luar Negara. Perceraian seperti Fasakh, Tuntutan seperti Nafkah Anak, Mutaah,Hak Penjagaan Anak, Nafkah Eddah. Selain itu kes-kes Jenayah yang mana Pihak-Pihak Tidak Mengaku salah Dan Minta Dibicarakan.

 

TIDAK BOLEH.

Pihak-Pihak Boleh Merujuk Perkidmatan Peguam Syarie Dari Senarai Yang Disediakan Dan Pemilihan Itu Dibuat Oleh Pihak-Pihak Sendiri. Kerana Mencadangkan Pemilihan Peguam Adalah Salah Dari Sudut Etika Kerja Pegawai Di Jabatan Ini

 

Fi Dan Kos Yang Di Kenakan Oleh Peguam Syarie Swasta Adalah Bergantung Kepada Jenis Kes Yang Dibuka Dan Ia Juga Bergantung Kepada Firma Yang Berkenaan. Adalah Dimaklumkan Kadar Fi Dan Kos Guaman Adalah Berbeza Bagi Setiap Firma

 

Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dengan objektif utamanya untuk memberikan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Kini,fungsi Jabatan Bantuan Guaman adalah seperti yang berikut :

  • Memberikan khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang (Jadual Keempat)
  • Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah dalam bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua (bidang kuasa jenayah) dan Jadual Ketiga (bidang kuasa sivil) Akta Bantuan Guaman 1971
  • Memberikan khidmat pengantaraan
  • Memberikan kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah undang-undang

 

Akta Bantuan Guaman 1971 Yang Mula Berkuat Kuasa Pada 24 April 1971 Ialah Undang-Undang Yang Mengawal Jabatan Bantuan Guaman. Perjalanan Pentadbiran Harian JBG Dikawal Oleh Peraturan-Peraturan Bantuan Dan Nasihat Guaman 1970 Dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Pengantaraan) 2006.

 

Anda Layak Mendapat Bantuan Guaman Sekiranya Anda Mempunyai Kes Yang Baik Untuk Diwakili Di Mahkamah Dan Memenuhi Pra-Syarat Seperti Yang Berikut:

  A. Sumber Kewangan Anda Tidak Melebihi RM25,000.00 Setahun; Atau
  B. Sumber Kewangan Anda Melebihi RM25,000.00 Setahun Tetapi Tidak Melebihi RM30,000.00 Setahun.

Sekiranya Sumber Kewangan Tahunan Anda Di Antara RM25,000.00 Hingga RM30,000.00, Anda Dikehendaki Membayar Sumbangan Sebanyak RM300.00.

Keistimewaan Orang Yang Dibantu Adalah Seperti Yang Berikut:

A. Tidak Akan Dikenakan Apa-Apa Bayaran Perundangan, Pentadbiran Atau Proses Kecuali Bayaran RM2.00 Untuk Pendaftaran, Bayaran RM300.00 Sebagai Sumbangan (Jika Perlu Mengikut Kelayakan) Dan Bayaran Nominal Untuk Perbelanjaan (Jika Diperlukan);

B. Tidak Boleh Dikenakan Apa-Apa Bayaran Mahkamah, Bayaran-Bayaran Yang Kena Dibayar Untuk Penyampaian Apa-Apa Proses Dan Apa-Apa Bayaran Yang Patut Untuk Sherif Berkaitan Dengan Pelaksanan Proses

C. Berhak Dibekalkan Dengan Percuma Salinan Nota Keterangan Hakim Dalam Mana-Mana Prosiding;

D. Tidak Boleh Dikenakan Kos Kepada Mana-Mana Pihak Dalam Mana-Mana Prosiding; Dan

E. Boleh Berhak Ke Atas Kos Dalam Mana-Mana Prosiding Yang Kos Dibenarkan Seolah-Olah Dia Bukan Seorang Yang Dibantu.

 

Perkhidmatan Bantuan Guaman Adalah Terbuka Kepada Semua Pihak Yang Layak Tanpa Mengambil Kira Pihak Manakah Yang Hadir Dahulu Ke Jabatan Bantuan Guaman.

YA. JBG menawarkan perkhidmatannya dalam kes jenayah secara terhad iaitu -

 i.    mewakili pesalah kanak-kanak yang dipertuduh dengan kesalahan  jenayah dalam prosiding di Mahkamah Kanak- Kanak (secara tertutup), atau di Mahkamah Terbuka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]  jika pesalah kanak-kanak dituduh bersama seorang dewasa

 ii.     mewakili tertuduh yang dipertuduh dengan kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]; dan

 iii.     mewakili tertuduh yang mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
                  
      Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Litigasi & Nasihat Sivil..Klik disini

Wednesday the 17th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.