Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Kes-kes yang memerlukan perkhimatan peguam syarie adalah kes-kes yang Berkaitan Poligami, Pengesahan Perkahwinan biasanya bagi kes-kes perkahwinan di Luar Negara. Perceraian seperti Fasakh, Tuntutan seperti Nafkah Anak, Mutaah,Hak Penjagaan Anak, Nafkah Eddah. Selain itu kes-kes Jenayah yang mana Pihak-Pihak Tidak Mengaku salah Dan Minta Dibicarakan.

 

TIDAK BOLEH.

Pihak-Pihak Boleh Merujuk Perkidmatan Peguam Syarie Dari Senarai Yang Disediakan Dan Pemilihan Itu Dibuat Oleh Pihak-Pihak Sendiri. Kerana Mencadangkan Pemilihan Peguam Adalah Salah Dari Sudut Etika Kerja Pegawai Di Jabatan Ini

 

Fi Dan Kos Yang Di Kenakan Oleh Peguam Syarie Swasta Adalah Bergantung Kepada Jenis Kes Yang Dibuka Dan Ia Juga Bergantung Kepada Firma Yang Berkenaan. Adalah Dimaklumkan Kadar Fi Dan Kos Guaman Adalah Berbeza Bagi Setiap Firma

 

Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dengan objektif utamanya untuk memberikan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Kini,fungsi Jabatan Bantuan Guaman adalah seperti yang berikut :

  • Memberikan khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang (Jadual Keempat)
  • Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah dalam bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua (bidang kuasa jenayah) dan Jadual Ketiga (bidang kuasa sivil) Akta Bantuan Guaman 1971
  • Memberikan khidmat pengantaraan
  • Memberikan kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah undang-undang

 

Akta Bantuan Guaman 1971 Yang Mula Berkuat Kuasa Pada 24 April 1971 Ialah Undang-Undang Yang Mengawal Jabatan Bantuan Guaman. Perjalanan Pentadbiran Harian JBG Dikawal Oleh Peraturan-Peraturan Bantuan Dan Nasihat Guaman 1970 Dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Pengantaraan) 2006.

 

Anda Layak Mendapat Bantuan Guaman Sekiranya Anda Mempunyai Kes Yang Baik Untuk Diwakili Di Mahkamah Dan Memenuhi Pra-Syarat Seperti Yang Berikut:

  A. Sumber Kewangan Anda Tidak Melebihi RM25,000.00 Setahun; Atau
  B. Sumber Kewangan Anda Melebihi RM25,000.00 Setahun Tetapi Tidak Melebihi RM30,000.00 Setahun.

Sekiranya Sumber Kewangan Tahunan Anda Di Antara RM25,000.00 Hingga RM30,000.00, Anda Dikehendaki Membayar Sumbangan Sebanyak RM300.00.

Keistimewaan Orang Yang Dibantu Adalah Seperti Yang Berikut:

A. Tidak Akan Dikenakan Apa-Apa Bayaran Perundangan, Pentadbiran Atau Proses Kecuali Bayaran RM2.00 Untuk Pendaftaran, Bayaran RM300.00 Sebagai Sumbangan (Jika Perlu Mengikut Kelayakan) Dan Bayaran Nominal Untuk Perbelanjaan (Jika Diperlukan);

B. Tidak Boleh Dikenakan Apa-Apa Bayaran Mahkamah, Bayaran-Bayaran Yang Kena Dibayar Untuk Penyampaian Apa-Apa Proses Dan Apa-Apa Bayaran Yang Patut Untuk Sherif Berkaitan Dengan Pelaksanan Proses

C. Berhak Dibekalkan Dengan Percuma Salinan Nota Keterangan Hakim Dalam Mana-Mana Prosiding;

D. Tidak Boleh Dikenakan Kos Kepada Mana-Mana Pihak Dalam Mana-Mana Prosiding; Dan

E. Boleh Berhak Ke Atas Kos Dalam Mana-Mana Prosiding Yang Kos Dibenarkan Seolah-Olah Dia Bukan Seorang Yang Dibantu.

 

Perkhidmatan Bantuan Guaman Adalah Terbuka Kepada Semua Pihak Yang Layak Tanpa Mengambil Kira Pihak Manakah Yang Hadir Dahulu Ke Jabatan Bantuan Guaman.

YA. JBG menawarkan perkhidmatannya dalam kes jenayah secara terhad iaitu -

 i.    mewakili pesalah kanak-kanak yang dipertuduh dengan kesalahan  jenayah dalam prosiding di Mahkamah Kanak- Kanak (secara tertutup), atau di Mahkamah Terbuka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]  jika pesalah kanak-kanak dituduh bersama seorang dewasa

 ii.     mewakili tertuduh yang dipertuduh dengan kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]; dan

 iii.     mewakili tertuduh yang mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
                  
      Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Litigasi & Nasihat Sivil..Klik disini

Friday the 18th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.