Dokumentasi,Saksi keperluan bela Kes Tanggungjawab peguam syarie kumpul bukti memudahkan hakim membuat keputusan

datoberitaharian

 

PUTRAJAYA 25 Sept. - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berjaya menangguhkan sementara perintah mandamus yang memaksanya menangkap mualaf, Mohd. Ridzuan Abdullah dan mencari anaknya yang berusia enam tahun untuk diserahkan kepada ibunya yang beragama Hindu.

Perkara itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan guru tadika, M. Indira Gandhi untuk mengetepikan perintah penangguhan sementara yang diperoleh oleh pegawai tertinggi pasukan polis itu.Khalid memperoleh perintah penangguhan sebelah pihak daripada Mahkamah Rayuan pada 17 September lalu.Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan 30 Oktober ini bagi mendengar rayuan Khalid.

Hakim Raus berpuas hati agar tarikh rayuan awal ditetapkan kerana persoalan yang dibangkitkan adalah penting dan melibatkan isu baru yang yang menyentuh kepentingan awam.Khalid merayu keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak yang membenarkan permohonan Indira Gandhi mendapatkan perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) agar beliau menangkap mualaf itu dan memulangkan anak perempuan bongsu mereka, Prasana Diksa.Pada 12 September lalu, Hakim Lee Swee Seng berkata, arahan itu perlu dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan berharap Indira Gandhi akan bertemu kembali dengan anaknya pada 16 September lalu.

Pada 2009, Mohd. Ridzuan dilaporkan mengambil Prasana Diksa dan menukar agama kanak-kanak itu serta adik beradiknya yang lain, Tevi Darsiny,12 dan Karan Dinish,11, kepada Islam tanpa pengetahuan ibu mereka.Mohd. Ridzuan sebelum ini memperoleh hak penjagaan kanak-kanak itu dari Mahkamah Tinggi Syariah.Mahkamah Tinggi selepas itu menyerahkan hak penjagaan kepada Indira Gandhi pada Mac 2010 dan mengarahkan Mohd. Ridzuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Indira Gandhi agar polis menguatkuasakan Perintah Mendapatkan Kembali (recovery order) kanak-kanak selepas bekas suaminya enggan memulangkan anak mereka yang diambil daripada jagaan wanita itu sejak 2009.Indira Gandhi kemudian memfailkan permohonan sebelah pihak bagi mendapat perintah mandamus selepas Khalid enggan mencari Mohd. Ridzuan dan gagal memulangkan kanak-kanak itu walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140926/ma_05/KPN-dapat-penangguhan-sementara#ixzz3Er9J8Ock © Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

PUTRAJAYA 16 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus mempergiatkan usaha untuk mengekang dan menghalang ajaran sesat daripada berkembang di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam hal itu akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit.Selain itu, beliau berkata, majlis agama Islam negeri perlu memberi kerjasama untuk membanteras gejala tersebut daripada terus menular di kalangan umat Islam negara ini.

"Majlis agama yang belum menggazetkan lagi isu ajaran sesat di negeri masing-masing perlu memperkemaskan lagi hal tersebut, peruntukan di negeri akan dapat membantu mencegah penyebaran ajaran sesat yang disenaraikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.Beliau mengulas perkembangan ajaran sesat di negara ini dalam satu sidang akhbar selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Ibu Pejabat Jakim hari ini.Baru-baru ini media melaporkan penahanan Hatijah Aam atau Ummu Jah yang baharu tiba dari Arab Saudi selepas dikesan cuba menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam yang diasaskan oleh suaminya di negara itu.

Dalam pada itu, 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' turut dikesan di Pahang.Ketika ditanya adakah akaun simpanan Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) yang dikaitkan dengan Al-Arqam akan dibekukan oleh Bank Negara, Jamil Khir berkata, perkara itu diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut.Sementara itu, beliau bersyukur kerana terpilih dan diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai agensi-agensi yang bertanggungjawab memartabatkan agama Islam di negara ini.

"Pemilihan ini merupakan usaha kesinambungan untuk tugasan yang belum selesai demi melaksanakan transformasi dan visi kita selama ini," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, tumpuan akan terus diberikan kepada usaha untuk memantapkan perkara berkaitan agama Islam seperti Mahkamah Syariah, menaik taraf Darul Quran Jakim ke kolej universiti dan memperkasakan skop halal.Selain itu, katanya, usaha memperkembangkan institusi pengajian Islam daripada peringkat rendah hingga tertinggi serta memperkasakan institusi wakaf akan turut diberi perhatian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130517/dn_23/Jakim-terus-pergiat-usaha-kekang-ajaran-sesat#ixzz3ErFEIRgP © Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

KUANTAN 15 Mei - Seramai 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' diburu pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir diMahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk sebutan kes dan siasatan lanjut.Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun.Katanya, mereka dikehendaki hadir ke pejabat JAIP segera bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

"Mereka yang dikehendaki merupakan isteri ketiga ketua kumpulan berkenaan, Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu dan empat anak 'Tuhan Harun' iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, beralamat di Shah Alam, Selangor dan Muhammad, 21, (Ketereh, Kelantan)."Selain itu, Khairul Amir Akasah, 34, (Port Dickson, Negeri Sembilan); Mohd. Tirmizi Othman, 17, (Sungai Petani, Kedah); Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, (Shah Alam); Norhairi Harun, 41, (Skudai, Johor); Norhafizah Mohd. Azam, 28, (Shah Alam) dan Farhaien Othman, 22, (Sungai Petani, Kedah).

"Turut diburu adik ipar 'Tuhan Harun', Shuzliana Mokhtarudin, 29, (Slim River, Perak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Semalam akhbar melaporkan enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.Pada 24 April lalu pula, seorang lelaki, Harun Mat Saad, 47, dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Syariah di sini atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.

Menurut Raflie, beliau percaya kesemua mereka masih berada di dalam negara dan berharap segera menyerah diri bagi membantu JAIP melengkapkan siasatan."Kita turut mendapatkan bantuan daripada jabatan agama Islam seluruh negara, pasukan polis dan agensi kerajaan bagi membantu mengesan lokasi terakhir mereka berada."Ini berikutan mereka gagal dikesan atau dihubungi selepas dibebaskan dengan dua orang penjamin pada 5 Mei lalu," jelasnya sambil memberitahu, terdapat seramai 312 ahli kumpulan berkenaan di seluruh negara.Tambah Raflie, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memanggil beberapa orang penting dalam masa terdekat yang dipercayai dapat menyelesaikan kes berkenaan."Beberapa nama telah dikenal pasti dan kita akan mohon waran untuk memanggil mereka kerana merupakan antara individu penting dalam gerakan tersebut."Dalam masa sama, pihak berkuasa sentiasa memantau premis yang digunakan mereka sebelum ini iaitu di Taman Tas, Indera Mahkota 16 dan Jalan Bukit Ubi di sini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130516/je_01/12-pengikut-%27Tuhan-Harun%27-diburu#ixzz3ErKlAEfk © Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

PEKAN 31 Jan. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Md. Yunos; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhammad Azhari Abd. Rahman; dan empat Hakim Mahkamah Rendah Syariah termasuk dua wanita.Pelantikan Norhidayah Mat Darus dan Sarah Fawzia Ahmad Fuzi, masing-masing berusia 32 tahun sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah merupakan pertama di negeri ini.

Dua Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang turut menerima watikah pelantikan ialah Nor Hisam Ahmad dan Borhan Hussin.Sementara itu, baginda turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Mohd. Khair Zainal Abidin dan Ketua Pendakwa Syarie, Salehuddin Abdul Manaf.Lantikan tersebut bermula hari ini kecuali pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pendakwa Syarie yang bermula 1 Mei lalu.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Dalam pada itu, Abdul Rahman, 57, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkata, beliau berharap dengan pelantikan ini dapat menyelesaikan kes tertangguh akibat kekurangan hakim."Alhamdullilah saya bersyukur dengan pelantikan ini dan harapan saya dapat menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin."Saya harap dengan pertambahan hakim iaitu 10 orang dapat menyelesaikan kira-kira 5,000 kes yang tertunggak pada tahun lalu akibat kekurangan hakim," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Tambahnya, beliau menyasarkan dapat menyelesaikan kes tertunggak sebanyak 60 peratus pada tahun ini."Selain pertambahan hakim, prasarana yang disediakan seperti lengkap dengan dewan perbicaraan diharap dapat mempercepatkan kes tertunggak dan sedia ada."Saya juga merasakan bilangan hakim di negeri ini telah mencukupi berdasarkan nisbah kes terlibat," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130201/wp_05/6-hakim-terima-watikah-pelantikan#ixzz3ErPB2X7N © Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

GOMBAK – Kerajaan disaran menggubal undang-undang khas bagi membolehkan pengamal ilmu hitam yang terbabit atau bersubahat dalam kejadian jenayah didakwa di mahkamah.

Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Muhyidin Ismail berkata, peruntukan yang sama juga meliputi kes-kes melibatkan kecederaan dan kematian.

“Tindakan undang-undang perlu kerana sudah banyak kes syariah atau sivil di negara ini tidak dapat pembelaan sewajarnya gara-gara wujud unsur ilmu hitam atau sihir,’’ katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-12 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Seminar itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Md. Yusop Che Teh.

Menurut Muhyiddin, pada masa ini, peruntukan yang longgar di bawah undang-undang syariah atau sivil banyak menjejaskan proses pendakwaan membabitkan pengamal ilmu hitam dan sihir.

“Dahulu ada kes seseorang pancung kepala orang lain kerana disuruh oleh bomoh bagi mendapatkan nombor ekor, tapi hanya pembunuh itu didakwa tetapi bomoh itu terlepas begitu sahaja,’’ katanya yang merupakan penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung.

Beliau menegaskan, disebabkan tiada undang-undang khusus berkenaan sihir, penghakiman di mahkamah akan melihat bukti yang zahir seperti simptom secara fizikal dan mental dan pandangan pakar perubatan bertauliah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1103&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3ErSD0PJ6

 

 

ROMPIN – Seorang wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin di sini semalam.Sebaliknya, Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di sini memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Wanita itu yang hadir ke mahkamah seorang diri membuat tuntutan notis tarik balik tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Kassim Pilus di dalam kamar hakim.Bagaimanapun, semasa ditemui pemberita, Izatil tidak menyatakan alasan tertentu berhubung tindakan menarik balik permohonan cerai tersebut.

“Saya terpaksa tarik balik tuntutan tersebut (permohonan cerai) kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,” katanya ringkas.Dia yang mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan tahun hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala suaminya, Fazli, yang merupakan seorang guru tidak kelihatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0320&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ErVReptp

 

 

Peguam Syarie Menulis: Bukan semua salah Mahkamah Syariah 

MENINJAU perkembangan Mahkamah Syariah dari tahun ke tahun mulai awal 80-an sehingga kini, banyak perubahan berlaku. Beberapa kelemahan dan kekurangan sudah dapat diatasi dari segi pendaftaran kes, pengendalian kes dan pertambahan bilangan Hakim Syarie. Jumlah pegawai dan kakitangan sokongan lain turut dipertingkatkan, penambahbaikan kemudahan infrastruktur dilaksanakan menjadikan kedudukan Mahkamah Syariah kian menghampiri tahap profesionalisme yang diimpikan.Suatu ketika dulu, masalah tunggakan kes di Mahkamah Syariah mendapat perhatian awam dan dijadikan bahan cemuhan, walaupun sebenarnya ia bukanlah seperti digembar-gemburkan. Buktinya, dari 1997 hingga 1999, hanya 29 peratus kes tertunggak.

Pada 2002, hanya 10 peratus kes tertunggak di Mahkamah Syariah, manakala 90 peratus berjaya diselesaikan. Dari 2003 hingga 2008, Mahkamah Syariah Kedah berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus kes.Pada 2008, Mahkamah Syariah Kedah juga berjaya menyelesaikan 96 peratus (15,036 kes) daripada keseluruhan 15,607 kes. Bagi 2010, ucapan tahniah dan penghargaan perlu diberikan kepada Mahkamah Syariah seluruh negara, kerana menyelesaikan kes dengan segera dan berjaya mengurangkan kadar kes tertangguh.

Di Terengganu misalnya, daripada 949 kes mal bagi 2010, sebanyak 600 kes iaitu 63 peratus berjaya diselesaikan. Di Pahang, dalam keadaan ketiadaan Ketua Hakim Syarie, kekurangan hakim, dan kedaifan kemudahan infrastruktur, Mahkamah Syariah Pahang berjaya menyelesaikan 5,204 kes (77.5 peratus) daripada keseluruhan 6,718 kes mal sedia tahun lalu. Hanya 1,532 kes (22.5 peratus) yang tertunggak. Pada tahun sebelumnya (2009), Mahkamah Syariah Pahang berjaya menyelesaikan 5,288 kes mal (70 peratus) daripada keseluruhan 7,559 kes.Statistik dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Melaka, punca 24.2 peratus kes tertangguh bagi 2006 hingga 2009, berpunca daripada pihak-pihak yang tidak hadir ke mahkamah atau tidak bersedia pada tarikh pendengaran ditetapkan.

Sebanyak 21 peratus ditangguhkan untuk tarikh sambung bicara berikutnya. Sebanyak 13.4 peratus akibat saman gagal diserahkan, 12.65 peratus (dokumen tidak lengkap), 10.7 peratus (peguam mohon tangguh dan tidak bersedia) dan 9.6 peratus (hakim kursus, bercuti atau bertukar).Masyarakat awam tidak seharusnya menyalahkan mahkamah seratus peratus apabila berlaku penangguhan kes kerana statistik menunjukkan peratus terbesar adalah akibat kesilapan mereka sendiri.

Sebahagian besar kes difailkan sendiri tanpa khidmat peguam syarie didapati tidak menepati kehendak undang-undang, tidak mempunyai alamat lengkap, tidak jelas apa tuntutannya, lebih kepada karangan bercerita atau cerpen, sedangkan undang-undang menghendaki fakta dan keterangan.Sebahagiannya pula membuat tuntutan yang salah. Contohnya, isteri menuntut cerai secara baik daripada suami, walhal suami tidak bersetuju menceraikannya. Menurut undang-undang, apabila tidak ada persetujuan untuk bercerai, mereka perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai atau hakam, dan ini pastinya akan memakan masa.

Jika suami tidak setuju cerai, apa yang sepatutnya dilakukan dari awal ialah isteri menuntut cerai fasakh, taklik atau tebus talak.Sebelum membuat sebarang tuntutan di mahkamah, masyarakat perlu mendapatkan nasihat perundangan terlebih dulu sama ada daripada peguam syarie swasta (jika mampu) atau Biro Bantuan Guaman (jika tidak mampu), supaya kes difailkan tidak tertangguh atau tergendala di pertengahan jalan kerana tidak semua orang boleh memahami undang-undang.Ada juga sebab berpunca daripada peguam syarie yang tidak hadir atau lewat hadir ke mahkamah, mengambil terlalu banyak kes hingga gagal hadir ke mahkamah, tidak menyiapkan bahan kes, tidak bersedia walaupun tarikh perbicaraan sudah ditetapkan dan menangguhkan kes tanpa alasan munasabah.Bagi mengelakkan kes tertangguh, peguam syarie perlu lebih beramanah dan bertanggungjawab terhadap pihak yang diwakilinya, sentiasa bersedia, menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hukum syarak dan undang-undang dari masa ke semasa.

Faktor kekurangan Hakim Syarie masih berlaku di beberapa negeri menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan kes. Sebahagian mahkamah juga terlalu sibuk atau sesak, terutama di daerah mempunyai penduduk yang tinggi menyebabkan perbicaraan memakan masa panjang.Mahkamah Syariah seluruh negara terbukti berjaya mengurangkan kadar kes tertangguh. Peningkatan dicapai selama ini jarang sekali diberi penghargaan sewajarnya. Malangnya, kekurangan dan kelemahan yang sering diberi perhatian.

Masyarakat Islam perlu memberi penuh kepercayaan bahawa undang-undang Islam itu adalah baik dan mampu dilaksanakan dengan sebaiknya.


Sumber : http://www2.bharian.com.my/articles/PeguamSyarieMenulis_BukansemuasalahMahkamahSyariah/Article/

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan boleh dihubungi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUANTAN - Walaupun kudrat tuanya tidak sekuat mana, namun kasih sayang seorang ibu terhadap anak tunggalnya menghilangkan semua rasa lelahnya.

Bagi ibu tunggal, Ramlah Rudin, 67, tempoh lima tahun menjaga Mohd Yusaili Abu, 26, yang hilang upaya selepas terjatuh akibat kemalangan dirasakan begitu cepat berlalu.Menurutnya, anak tunggalnya itu hanya mampu terlantar dan keperluan diri diuruskan sepenuhnya olehnya.

“Mandinya saya lap dan terpaksa pakai lampin pakai buang untuk buang air kecil dan besar.“Saya juga cuba urut tangan dan kaki dia supaya boleh bergerak kerana terlalu lama terlantar,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah sempena Ramadan oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, di Kampung Kempadang, semalam.

Hadir sama Pengerusinya, Datin Noriah Yusoh dan Timbalan Pengerusi, Ruzaily Zainudin.Ramlah berkata, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 selain Pusat Kutipan Zakat banyak membantu meringankan bebannya.

Katanya,  walaupun keadaan Yusaili serba kekurangan, namun dia tidak banyak kerenah malah mudah menjaganya.“Bagaimana pun, sejak akhir-akhir ini selera makannya agak kurang. Dia hanya mahu makan pada waktu siang saja, waktu malam hanya minum susu.

“Saya bernasib baik kerana ada anak saudara turut tolong menguruskan Yusaili seperti angkat untuk mandi dan sebagainya,” katanya.Ramlah berkata, sebelum mengalami kemalangan, Mohd Yusaili pernah menjalani latihan praktikal di Jabatan Kesihatan, namun insiden itu menyebabkan masa depan anak muda itu berubah sekelip mata.


 

Sumber : Sinar Harian Online : ERMA YUSNIDA JUSOH 26 Jun 2014

TERDAPAT banyak kesalahan jenayah dalam perundangan keluarga yang tidak diketahui umum. Kali ini saya akan membincangan kesalahan melafazkan talak terhadap isteri di luar mahkamah.

Ini diperuntukan oleh seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang berbunyi: “Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, denda dan penjara itu.”Ramai yang akan bertanya, kenapa menjadi kesalahan sehingga boleh dihukum penjara atau denda? Tidak sahkan lafaz talak suami jika dibuat di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah? Bukankah talak itu “main-main pun jatuh, tak main-main pun jatuh?” Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang dilakukan sungguh-sungguh jadi sungguh dan dipermainkan jadi sungguh iaitu perkahwinan, perceraian (talak) dan rujuk.”

Namun di Malaysia apabila Enakmen Undang-undang Keluarga Islam diluluskan, perceraian melalui talak diperuntukan melalui Seksyen 47, di mana suami atau isteri yang mahu bercerai melalui talak hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu kepada mahkamah syariah.Dalam permohonan tersebut, pemohon perlu menyatakan butiran perkahwinan, bilangan anak, sebab hendak bercerai dan sebagainya. Mahkamah akan memanggil pihak yang tidak membuat permohonan dan bertanya, sama ada dia setuju dengan permohonan tersebut.Jika bersetuju dan mendapati perkahwinan memang telah berpecah belah, maka mahkamah akan membenarkan suami melafaz talak. Jika sebaliknya, maka mahkamah akan merujuk pasangan ke Badan Pendamai.Kebanyakan kes perceraian, isteri memohon kepada mahkamah untuk diceraikan melalui fasakh, taklik atau khul’. Sedangkan suami sering menggunakan peruntukan Seksyen 47 iaitu permohonan melafaz talak.Ada juga isteri yang memohon di bawah peruntukan ini jika perbincangan telah dibuat lebih awal. Prosedur ini lebih jimat dan pasangan tidak perlu menggunakan khidmat peguam syarie.

Jika pasangan memohon dengan cara lain untuk bercerai, mereka perlu mendapat khidmat peguam kerana ia melibatkan perbicaraan. Namun bagi kebanyakan pasangan, terutama suami yang merasakan permohonan ke mahkamah mengambil kuasa mereka untuk melafaz talak dan menyusahkan.Mereka tidak nampak hikmah kenapa mewajibkan permohonan ke mahkamah syariah untuk mendapat kebenaran dan melafaz talak di mahkamah. Ini kerana jika lafaz talak dibuat di luar mahkamah, ia perlu disahkan oleh mahkamah untuk didaftarkan. Jika tidak, masalah akan timbul.

Jika dahulu, semasa tiada enakmen dan sistem mahkamah syariah yang teratur, pasangan suami isteri yang hendak bercerai berjumpa imam kariah tempat mereka tinggal atau penghulu. Lafaz talak dibuat di hadapan mereka. Jika mereka bergaduh di rumah dan terlafaz talak, mereka tetap membuat laporan ke pejabat Kadi (dulu). Kadi tetap membuat siasatan dan mendaftarkan cerai untuk mengeluarkan surat cerai.Pengesahan penting untuk mengira iddah. Jika rujuk berlaku, adakah dibuat dalam masa iddah atau pun tidak. Ada juga kes isteri tidak pasti, sama ada dia telah ditalak dan ada juga kes suami tidak mahu mengakui perlafazan talak.

Ada juga kes lafaz talak dibuat di hadapan orang lain dan isteri tidak tahu mengenainya. Misalnya, suami membuat kenyataan kepada ibunya semasa isu rumah tangga mereka dibincangkan, dia terus kata pada ibunya: “Saya dah ceraikan Timah.”Daripada segi hukum, ia adalah perlafazan jelas atau sarih dengan atau tanpa niat, ia jatuh. Ini semua menyulitkan keadaan dan akan timbul isu perzinaan kerana jika pasangan tidak tahu talak telah dilafaz, iddah telah mula dan pasangan tidak rujuk dalam tempoh iddah tetapi lepas iddah suami kembali kepada isteri.

Pengiraan talak juga lebih mudah dan teratur kerana jika pasangan bercerai dalam mahkamah, ia direkodkan dengan baik. Pengiraan iddah juga lebih mudah. Dalam situasi hari ini, pasangan dalam pergaduhan rumah tangga yang panas sering terlafaz talak. Apabila ini berlaku, mereka jadi panik.Lantas, mereka akan membuat pelbagai tindakan. Antaranya keluar dari rumah, memukul pasangan atau menyerangnya, menyembunyikan kebenaran dan tidak kurang pula yang menafikan talak telah terlafaz dan meneruskan kehidupan tanpa rujuk.Jika tertalak satu atau dua, bolehlah dianggap rujuk telah berlaku namun jika terlafaz tiga kali, perkahwinan telah terlerai dan tidak boleh rujuk langsung. Di sini banyak berlaku perkara mungkar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140129/ke_03/Cerai-isteri-luar-mahkamah#ixzz3GH7FduOH © Utusan Melayu (M) Bhd

 

PERCERAIAN merupakan satu perkataan yang paling ditakuti oleh pasangan yang berkahwin, apa lagi sekiranya rumah tangga yang dibina telah lama terbina atau pasangan tersebut berkahwin atas dasar suka sama suka. Sungguhpun bercerai itu dibenarkan di dalam Islam, namun ia dibenci oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Perbuatan halal yang teramat dibenci Allah, ialah talak." (riwayat Abu Daud)

Begitu pun, bercerai atau talak ialah satu pendekatan terbaik apabila tiada lagi persefahaman di dalam melayari bahtera perkahwinan. Sayangnya, perceraian ini seringkali diambil remeh oleh individu yang bercerai, terutamanya di pihak lelaki kerana beranggapan berakhirnya episod perkahwinan itu, ia sekali gus menandakan mereka bebas daripada menunaikan tanggungjawab yang digalas selama ini iaitu pemberian nafkah kepada anak-anak yang telah menjadi mangsa keadaan.

Meskipun ia melibatkan anak-anak tetapi sebenarnya bebanan ini terpikul di bahu bekas isteri yang terpaksa mengambil hak memelihara dan menjaga anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka berdua.

Berbalik kepada dua kes di atas di mana ia adalah segelintir daripada puluhan ribu kes yang melibatkan bekas suami ingkar bayar nafkah, walaupun telah mendapat perintah mahkamah.Menurut Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Dr. Mohd. NaÂ’im Mokhtar, jumlah itu turut berpunca daripada kegagalan para bekas isteri memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah.

"Inilah menjadi antara faktor utama kerajaan melalui JKSM mewujudkan BSK pada 2007. Tetapi kami juga tidak menolak kemungkinan kegagalan bekas isteri itu disebabkan oleh faktor kewangan."Bukan hanya dari segi kos pengangkutan dan penginapan jika kesnya disebut di negeri lain tetapi bayaran untuk peguam syarie yang pastinya bukan murah," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Perkhidmatan BSK adalah percuma dengan syarat bekas isteri telah mendapat surat perintah bayaran saraan dan nafkah untuk anak-anak daripada mahkamah syariah.Percuma itu bermula sebaik kes itu difailkan di BSK negeri hingga usaha mengesan bekas suami, peringkat runding cara dan proses perbicaraan di mahkamah.

'Kuasa' BKS

Malah, Dr. Mohd. Na'im berkata, pihak BSK turut menjalin kerjasama strategik dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan peranan BSK dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Terbaharu sekali dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan pihaknya mengesan bekas suami yang ingkar itu," tegasnya.

Apa yang lebih menarik adalah disebabkan BSK sebahagian daripada JKSM, maka BSK mampu memainkan peranan dengan lebih berkesan, khususnya terhadap bekas suami yang ingkar dengan perintah mahkamah.Dengan kata lain, 'kuasa' BSK bukan hanya dapat dilihat tetapi dirasai oleh orang ramai walaupun BSK hanyalah satu bahagian dalam JKSM sahaja.

“Kuasa itu turut hadir kerana kami juga mempunyai jalinan hubungan strategik dengan agensi pihak berkuasa dan lain-lain agensi yang akan menjadikan orang ramai atau bekas suami yang ingkar itu mematuhi arahan surat kami," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Na’im lagi, para pegawai BSK mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah.“Kelebihan itu bukan hanya membolehkan mereka mewakili mangsa di mahkamah tetapi khidmat nasihat mereka setaraf peguam syarie di luar sana.

"Sebab itulah, saya kini dalam usaha untuk memastikan semua pegawai BSK memiliki Sijil Guaman Syarie Negeri. Kini hanya dua negeri sahaja yang belum berbuat demikian" katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140123/ke_01/BSK-santuni-isteri-terabai#ixzz3GHEIfQcK © Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

JENAYAH di bawah perundangan sivil ditakrifkan sebagai suatu perbuatan menyalahi undang-undang negara yang membawa hukuman. Ini bermakna sesuatu perbuatan itu menjadi jenayah jika Parlimen meluluskannya sebagai jenayah.

Di Malaysia Undang-undang Jenayah terbahagi kepada kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang dikuatkuasakan di Mahkamah Sivil seperti Majistret hingga ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan serta kesalahan jenayah syariah yang dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah di seluruh negeri.

Menurut undang-undang Islam, perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan. Sama ada tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya.

Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah SWT, sama ada qisas, hudud atau ta’zir. (Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sutaniyyah, ms.192).

Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah SWT dan hak manusia atau makhluk lain.Dalam Islam pencabulan terhadap: (i) agama, (ii) nyawa, (iii) akal, (iv) harta dan (v) maruah adalah jenayah yang perlu dihukum.

Saya ingin membincangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan, sama ada oleh pasangan suami isteri atau orang lain yang berkaitan dengan perkahwinan dan kekeluargaan.Ini kerana pembahagian yang jelas antara undang-undang jenayah dan sivil atau mal, menyebabkan orang beranggapan kesalahan yang dilakukan dalam perkahwinan dianggap perbuatan sivil dan bukan jenayah.

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, di setiap negeri ada peruntukan mengenai kesalahan jenayah ini. Antara yang paling menyerlah ialah kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Ini kerana, mengikut Seksyen 23, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, jika seorang lelaki ingin berpoligami, dia hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah akan memanggil isteri atau isteri-isteri sedia ada, bakal isteri dan bakal wali. Mahkamah akan membuat pertimbangan terlebih dahulu.

Di Malaysia, ramai suami yang ingin berpoligami tetapi enggan membuat permohonan di bawah Seksyen 23 ini.Pelbagai alasan diberikan antaranya, permohonan akan ditolak kerana ketidakmampuan, isteri pertama mengenakan pelbagai syarat dan merasakan peruntukan di bawah seksyen ini, sengaja diada-adakan untuk menyusahkan.

Negara jiranRamai lelaki menganggap poligami sebagai hak dan tiada siapa boleh menghalang. Ramai juga yang memberi alasan mereka tidak mahu isteri pertama mengetahuinya bagi menjaga hati dan tidak mahu mengundang kekecohan. Oleh itu, tidak hairanlah perkahwinan kedua atau ketiga dilakukan di negara jiran.

Apabila rahsia pecah, maka rumah tangga akan musnah. Lumrahnya, rahsia akan terbongkar apabila suami tidak pulang ke rumah atau jika pulang pun, dia lambat, mengeluh tidak cukup wang dan memberi pelbagai alasan apabila isteri dan anak-anak meminta wang belanja.

Di zaman ini, ada juga isteri pertama yang menjadi ‘James Bond’ dengan membuat siasatan sendiri. Malah ada juga yang membawa ahli jawatankuasa masjid ‘menangkap’ si suami. Lebih mengejutkan, suaminya bukan bersama perempuan simpanan tetapi madunya.

Apabila pasangan dihadapkan ke mahkamah kerana berkhalwat, pasangan mengeluarkan surat nikah dari negara jiran atau sebelum hari perbicaraan, suami telah membuat permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.

Mahkamah selepas membuat siasatan dan berpuashati bahawa pernikahan adalah sah mengikut hukum syarak, maka akan mengarahkan pernikahan itu didaftarkan.Sebelum mendapat sijil nikah tersebut, bahagian pendakwaan akan mendakwa suami di bawah Seksyen 124.

Pada kebiasaanya mahkamah akan mengenakan hukuman denda sehingga RM1,000. Jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjarakan.Sebenarnya berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah adalah suatu kesalahan jenayah. Ini kerana perkahwinan kedua yang dilangsungkan di negara jiran, besar kemungkinan tidak sah.

Ini kerana di sana ada banyak sindiket perkahwinan dan pihak yang menikahkan tidak mendapat tauliah untuk menikahkan orang. Ada juga kerana wanita yang dinikahi itu masih menjadi isteri orang atau dalam eddah atau pernikahan tanpa wali yang sah atau wali hakim tidak bertauliah.

Ramai orang yang berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ini biasanya membayar denda dan selepas itu pergi mendapatkan sijil nikahnya yang baharu dan meneruskan kehidupan seolah-oleh tiada apa yang berlaku.

Jika ini adalah kesalahan jenayah di bawah Undang-undang Sivil, sudah tentu hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya memberi kesan kepada diri dan keluarga pesalah. Malangnya di Malaysia, pesalah jenayah syariah tidak langsung dikenakan hukuman masyarakat kerana masyarakat memandangnya sebagai kesalahan agama yang bersifat peribadi.

HARI ini, ramai penjawat awam yang melanggar peruntukan Seksyen 124 ini. Ada antara mereka dikenakan hukuman denda maksimum iaitu RM1,000. Namun, ia langsung tidak membawa kesan kepada pekerjaannya. Jika seorang penjawat awam didenda sehingga RM2,000, dia tidak layak bertanding dalam pilihan raya. Jika didenda di bawah jumlah tersebut, mereka boleh diambil tindakkan tatatertib yang boleh menyebabkan dia dibuang kerja.

Dalam hal hukuman dari Mahkamah Syariah, majikan sama ada kerajaan atau swasta tidak langsung mengambil perhatian terhadap kesalahan dan hukuman dari Mahkamah Syariah. Malahan ada dalam kalangan peguam syarie yang melanggar peruntukan ini.

Jika seorang peguambela/peguamcara bagi Mahkamah Tinggi Sivil dijatuhkan hukuman kerana kesalahan jenayah, pihak Majlis Peguam boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap peguam tersebut, di mana menurut Akta Profesion Undang-undang, peguam itu boleh didenda, dilucutkan status peguamnya dan dia tidak boleh mengamal undang-undang lagi.

Tidak layak Bagi saya jika peguam syarie yang melanggar peruntuk Seksyen 124 atau mana-mana peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-masing, jika kesalahan tersebut membawa kesan jenayah yang membawa hukuman penjara atau denda, maka peguam tersebut tidak lagi layak menjadi peguam dan boleh dilucutkan statusnya.

Kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam sepatutnya sama tarafnya dengan kesalahan jenayah yang lain seperti khalwat, zina dan jenayah di bawah Undang-undang Sivil seperti mencuri, merompak, meragut dan sebagainya.Jika kesalahan jenayah syariah dalam enakmen keluarga tidak diambil kira sebagai satu kesalahan jenayah yang lain dan membawa kesan yang mendalam dalam diri pesalah dan boleh menjadi teladan kepada masyarakat, maka ia akan terus dilakukan seolah-olah tidak ia bukan satu kesalahan.

Dalam perundangan keluarga ada banyak lagi kesalahan jenayah yang membawa hukuman denda dan penjara. Masyarakat perlu sedar dan menghormati semua undang-undang termasuk undang-undang jenayah syariah dalam perundangan keluarga.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140115/ba_02/Berpoligami-pun-satu-jenayah#ixzz3GHMOWZsM © Utusan Melayu (M) Bhd

SOALAN Sepupu saya mendirikan rumah tangga pasangannya atas dasar cinta. Selepas tiga tahun usia perkahwinan mereka, berlaku perselisihan faham sehingga si suami dalam keadaan marah melepaskan kata cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Apakah status perhubungan mereka?

ceraismsJAWAPAN UMUM mengetahui kuasa talak ini adalah di bawah kuasa seorang suami di mana apabila suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak dan perkahwinan akan terbubar. Bagaimanapun kuasa ini tidak boleh disalahgunakan oleh suami kerana cerai ini adalah halal yang paling dibenci ALLAH SWT.

Talak/pembubaran perkahwinan/cerai ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertama lafaz sarih iaitu secara jelas di mana suami melafazkan dengan jelas menceraikan isterinya. Contohnya: “Saya cerai kamu dengan talak satu”

Dalam hal ini, lafaz yang sarih akan mendatangkan kesan perceraian walaupun tanpa niat. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu: nikah, talak dan rujuk". (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Kategori kedua pula adalah lafaz kinayah iaitu seperti kata-kata sindiran atau kiasan di mana lafaz yang diucapkan oleh suami boleh mendatangkan maksud lain selain maksud talak. Contohnya: “awak baliklah ke rumah ibu bapa awak.”

Lafaz ini tidak dapat dipastikan dengan jelas maksud suami sama ada menceraikan isterinya atau tidak. Oleh itu, ia hendaklah disertai niat suami menceraikan isterinya semasa melafazkan ucapan itu. Perceraian juga boleh berlaku dalam bentuk tulisan. Jumhur fuqaha berpendapat, talak melalui tulisan hendaklah disertai dengan niat.

Menjawab persoalan dalam kes minggu ini, berkaitan dengan talak dijatuhkan kepada seorang isteri melalui SMS, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos lalu, telah membincangkan hal ini dan telah memberi keputusan seperti berikut:

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimile, SMS, emel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ia adalah sah sekiranya disertai dengan niat. 2. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut. 3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan syarak.

Pengurusan emosi

Perceraian dewasa ini kerap berlaku akibat emosi yang tidak terkawal antara kedua belah pihak. Setiap pasangan hendaklah cuba sentiasa bertolak ansur dan saling cuba memahami antara satu sama lain.Pengurusan emosi dan perasaan memainkan peranan penting dalam hal ini, lebih-lebih lagi ke atas pemimpin keluarga iaitu suami kerana suami yang kurang sabar dan tidak dapat mengawal emosi akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dikesali di kemudian hari.

Suami pemegang kuasa talak secara umumnya haruslah berhati-hati dan hendaklah pandai mengawal perasaannya. Ini kerana walaupun perceraian adalah perkara yang halal namun dibenci ALLAH SWT.Dalam isu kali ini, pengadu menyatakan talak tersebut dijatuhkan dan berlaku sewaktu suami dalam keadaan amat marah. Bagaimanakah untuk menentu sahkan sama ada jatuh talak dan adakah suami berniat dalam menyampaikan hasratnya untuk bercerai melalui sistem pesanan ringkas?

Bagi menjawab ketidakpastian ini, perkara ini hendaklah dibawa ke muka pengadilan dan hanya Hakim Mahkamah Syariah yang berhak dan mempunyai bidang kuasa dalam menentu sahkan perkara ini.Sekiranya perkara penting sebegini berlaku, ia tidak boleh dibuat tak tahu dan berdiam diri sahaja. Seharusnya perlu dibawa perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk siasatan dan pengesahan. Pihak isteri tidak perlu menunggu suami membuat aduan. Ia boleh dibuat tanpa kehadiran pihak suami.

Merujuk kepada Seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984: "...seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada pelafazan talak itu melaporkan kepada Mahkamah."

Selepas aduan diterima, mahkamah akan melakukan siasatan untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan ke atas talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak dan setelah mahkamah berpuas hati talak yang dilafazkan itu adalah menurut hukum syarak.Selanjutnya, mahkamah akan mengeluarkan perintah membenarkan perceraian tersebut berlaku dengan talak, merekodkan perceraian tersebut dan menghantar salinan rekod itu kepada Ketua Pendaftar untuk tujuan pendaftaran.

Selanjutnya Seksyen 55 Akta yang sama menegaskan lagi berkenaan hal ini, iaitu tiada lafaz talak atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan Ketua Pendaftar berpuas hati, Mahkamah telah membuat perintah muktamad berhubungan dengannya.Dalam hal ini, sikap seorang suami yang menceraikan isteri melalui SMS adalah suatu perbuatan tidak beradab dan tidak boleh dicontohi. Ini adalah kerana urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu perkara penting dalam Islam.

Sesungguhnya zaman sekarang ini adalah zaman kecanggihan teknologi dan ia tidak wajar disalahgunakan. Sekiranya pada awal perkahwinan, isteri dinikahi dengan cara baik dan terhormat. Maka begitu jugalah yang harus dilakukan untuk mengakhiri perkahwinan tersebut.Golongan suami tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka dengan sesuka hati. Talak hendaklah dilafazkan dengan tanggungjawab dan tidak boleh diambil ringan kerana ia adalah hukum dan peraturan yang telah ditetapkan dalam al-Quran.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik...” (Surah Al-Baqarah: 229)

Soal Jawab Guaman oleh Datuk Khairul Anwar Rahmat


 Sumber Sinar Harian Online : http://www.sinarharian.com.my/sahkah-cerai-sms-luar-mahkamah-1.237645

ARKIB : 28/10/2008 Wali bayar nafkah suami ingkar nafkahSETIAP pasangan yang berumah tangga berharap akan dapat menikmati kebahagiaan serta mengekalkan kerukunan hidup sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, bukan semua yang diimpikan dalam hidup menjadi kenyataan. Bak kata pepatah, “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Adakalanya, krisis yang berlaku menyebabkan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta tidak mampu lagi dipertahankan.

Yang menyedihkan, apabila berlaku perceraian, anak-anak menjadi mangsa. Lebih-lebih lagi jika isteri tadi tidak bekerja.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. NOOR AMIN menemu bual Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal bagi mengupas isu ini.

MEGA: Isu nafkah anak adalah polemik dalam kes pasangan yang bercerai. Apakah hak isteri dan anak dalam undang-undang?

NOOR AZIAH: Bagi wanita Islam, hak mereka terhadap nafkah dikawal oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri Selangor enakmen itu ialah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 yang telah berkuat kuasa pada bulan September 2004.

Nafkah bermakna mengeluarkan belanja dan menurut istilah syarak ia bererti sesuatu yang dikeluarkan oleh seseorang untuk keperluan dirinya atau keluarganya dan lainnya, yang merupakan makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Ada beberapa sebab dalam Islam yang menyebabkan nafkah itu wajib iaitu:

a. perkahwinan yang sah; b. kerabat; c. milik.

Dari segi perkahwinan yang sah, hadis Nabi SAW ada menyebut: Dari Jabir r.a. dalam hadis menyebutkan soal perempuan, baginda bersabda: Dan hak bagi mereka, kewajipan atasmu memberi makan mereka dan pakaian mereka menurut yang bersesuaiannya. (riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a., ia berkata, tentang seorang perempuan yang tidak pernah diberikan nafkah oleh suaminya. Rasulullah SAW telah bersabda: Ambillah olehmu dari hartanya yang sesuai, iaitu sekadar mencukupi untuk belanjamu dan mencukupi pula untuk anak-anaknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari segi kerabat pula, ibu bapa mempunyai hak menerima nafkah daripada anaknya di bawah alasan kekerabatan. Hadis Nabi SAW menyatakan: Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: "Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu ia berkata: Ya Rasulullah, siapakah manusia yang lebih berhak menerima kebaikan sebagai sahabatku? Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu". Ia berkata: "Kemudian siapa?" Nabi menjawab: "Ibumu". Kemudian siapa? Kata Nabi: "Ibumu". Ia berkata lagi, "Kemudian itu siapa?" Nabi menjawab, "Bapa engkau."

Nafkah wajib atas alasan pemilikan. Ini disokong oleh hadis Nabi SAW: Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Wang yang engkau belanjakan di jalan Allah dan wang yang engkau belanjakan untuk memerdekakan seorang hamba dan wang yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, serta wang yang engkau belanjakan untuk keperluan keluarga engkau, maka yang lebih besar pahalanya ialah wang yang engkau belanjakan untuk keluarga engkau. (riwayat Muslim).

Apakah kadar nafkah ke atas isteri?

NOOR AZIAH: Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah memberi nafkah itu wajib namun ia mengikut kemampuan orang yang memberi dan keperluan orang yang menerima.

Hak wanita terutama nafkah isteri diperuntukkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Di bawah Enakmen 2003 bagi negeri Selangor, nafkah diletakkan di Bahagian VI. Menurut enakmen ini, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya, tertakluk kepada hukum syarak.

Seorang isteri bukan saja berhak kepada nafkah semasa dia masih berkahwin dengan suaminya tetapi selepas dia diceraikan. Ini diperuntukkan oleh Seksyen 66 di mana hak seorang isteri yang telah diceraikan untuk menerima nafkah dari suaminya yang dahulu di bawah suatu perintah mahkamah akan tamat dengan tempoh idahnya atau jika dia, iaitu isteri menjadi nusyuz. Jika pasangan telah membuat perjanjian mengenai nafkah, hak tersebut akan tamat jika isteri berkahwin semula.

Bagi anak-anak yang beragama Islam, mereka berhak mendapat nafkah dari bapa mereka berlandaskan firman Allah SWT yang bermaksud: Hendaklah memberi nafkah orang yang empunya kelapangan dari kalangannya (orang yang kaya sesuai menurut kekayaannya). Dan sesiapa yang ditentukan rezekinya di atasnya, maka hendaklah ia memberikan nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati sesuatu diri melainkan menurut apa yang diberikan kepadanya. (at-Thalaq: 7)

Hak mendapat nafkah dalam Islam bergantung kepada kesahihan hubungan antara anak dengan bapa, iaitu bukti keibubapaan atau yang disebut sebagai parentage. Ini kerana hak-hak lain seperti hak nafkah, susuan, hadanah dan warisan timbul daripada pembuktian keibubapaan ini.

Pembuktian keibubapaan dilakukan melalui bapa dan ibu sebenar anak dan mestilah mereka ini telah melalui satu akad nikah yang sah di antara mereka.Islam juga menggariskan penanggungan nafkah itu berasaskan konsep yang anak itu telah dikandung lebih dari enam bulan dari tarikh akad nikah ibu bapa anak itu.

Firman Allah yang bermaksud: Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf.. (al-Baqarah: 233)

Berlandaskan nas-nas di atas, bapa wajib menanggung nafkah anak dari sejak dalam kandungan lagi. Ini berlandaskan firman Allah SWT yang bermaksud: Berilah perempuan- perempuan yang telah diceraikan itu tempat kediaman, kira-kira setanding dengan tempat yang telah kamu diami menurut kesanggupanmu. Dan janganlah kamu susahkan mereka dengan sengaja hendak menyempitkan mereka. Dan apabila mereka sedang hamil maka berilah mereka nafkah hingga mereka melahirkan anak... (at-Thalaq: 6)"

Nafkah anak termasuk penyusuannya semasa ia masih kecil. Ini berasaskan ayat 233 dari surah al-Baqarah. Nafkah dalam hal penyusuan termasuk membeli susu formula atau mencarikan ibu susu dan membayar upah penyusuan kepada orang lain atau kepada isteri yang telah diceraikan jika dia yang menyusukan anak.

Apabila ibu bapa atau bapa mati, tugas siapakah memberi nafkah kepada anak-anak berkenaan?

NOOR AZIAH: Dalam situasi di mana ibu bapanya telah meninggal dunia semasa ia masih kecil atau ibu bapanya tiada, maka tanggungjawab penyusuan anak hendaklah diambil alih oleh para warisnya sama ada abang atau datuk (sebelah bapa).

Apa yang dimaksudkan di sini ialah wajib menanggung segala perbelanjaan keperluan penyusuan seperti mencari ibu susu dan membayar upah penyusuan.

Kerap berlaku suami ingkar terhadap perintah mahkamah mengenai nafkah anak-anak. Apakah peruntukan yang ada untuk mengatasi hal ini?

NOOR AZIAH: Kita ada undang- undang untuk menguatkuasakan perintah nafkah iaitu Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Menguatkuasakan Nafkah) 1968, Akta 356 dan Akta Perintah Nafkah (Kemudahan Bagi Penguatkuasaan) 1949, (Akta 34). Akta ini terpakai kepada orang Islam.

Kedua-dua akta ini digubal kerana walaupun telah mendapat perintah nafkah suami didapati masih enggan membayar nafkah. Untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 4 Akta 263 akan mengambil masa, maka dengan itu isteri boleh, semasa membuat permohonan memohon untuk perintah potongan gaji dibuat.

Di bawah Akta 356 ini, suami mestilah seorang yang bekerja dan mempunyai 'pendapatan' dan dia juga mesti ada 'majikan' di mana perintah tersebut boleh dibuat terhadapnya.

Bagi isteri yang suaminya tidak mempunyai majikan, akta ini memperuntukkan bahawa nafkah boleh dibayar melalui mahkamah. Sesiapa yang melanggar perintah di bawah Seksyen 4 akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun.

Bagi mereka yang melanggar peruntukan Seksyen 13 mereka boleh dipenjara selama sebulan bagi setiap bulan yang mereka tidak membayar nafkah.

Akta 34 adalah untuk menguatkuasakan nafkah di negara lain yang mempunyai perjanjian dengan Malaysia. Ini sangat berguna bagi pasangan yang berkahwin dengan rakyat asing yang kemudiannya melarikan diri ke negara asalnya untuk tidak membayar nafkah.

Namun keberkesanannya bergantung kepada berapa banyak negara yang bersetuju untuk menandatangani persetujuan bersama ini. Buat masa ini negara yang boleh dikuatkuasakan suatu perintah nafkah yang telah diperintahkan di mahkamah di Malaysia adalah: England, Wales, Ireland Utara, Brunei, Australia, Sri Lanka, Hong Kong, India, New Zealand, Pakistan, Singapura dan Afrika Selatan.

Mahkamah juga ada kuasa menyita dan melelong harta jika suami tidak mampu membayar nafkah tetapi ada harta yang boleh dijual. Mahkamah ada kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap suami yang enggan hadir prosiding di mahkamah.

Sebenarnya perundangan ada tetapi pelaksanaannya yang lembap.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz3GHRvKxPg © Utusan Melayu (M) Bhd

 

mahkamahsyariahHampir 15 tahun, penyeragaman mahkamah syariah di seluruh negara dengan menjadikannya setara dengan mahkamah sivil berjaya meningkatkan keberkesanannya dalam penyelesaian kes, sekali gus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertanggungjawab memartabatkan institusi kehakiman syariah dalam sistem kehakiman dan perundangan negara, turut melakukan pelbagai usaha mempromosikan mahkamah syariah di peringkat antarabangsa dengan penekanan kepada sistem sulh atau perantaraan.

Lebih menarik, peranan mahkamah syariah negara kini diperkenalkan ke negara bukan Islam termasuk menerusi kunjungan hormat pegawai JKSM ke luar negara, pembentangan kertas kerja dalam seminar dan penyertaan dalam persidangan antarabangsa.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata jabatan itu juga menyertai pembentangan kepada agensi luar negara serta kajian yang dilakukan penuntut Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah atau kajian dijalankan pelajar luar negara.

Katanya, pengalamannya sendiri ketika dilantik sebagai felo di Universiti Oxford selama sembilan bulan membuka peluang menerangkan dengan lebih jelas peranan mahkamah syariah walaupun pada peringkat permulaan persepsi pengamal perundangan keluarga di Britain dan Amerika Syarikat adalah negatif.

Mahkamah kangaru

"Sebilangan besar mereka mendapat pengetahuan baru mengenai pentadbiran keadilan, kerana selama ini mereka beranggapan mahkamah syariah lebih kepada `mahkamah kangaru' iaitu mahkamah yang tidak mempunyai sistem dan peraturan," katanya ketika ditemui pada Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-15 di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Mohd Na'im berkata, beliau turut menjelaskan mengenai mahkamah syariah di Malaysia yang bertindak sebagai agensi persekutuan bagi menyelaras seluruh isu mahkamah syariah di negara ini.

"Saya menerangkan kepada mereka kedudukan mahkamah syariah ini sebelum pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan pada Julai 1998, di mana sebelum itu keputusan hakim mahkamah syariah akan disemak dan dibatalkan oleh hakim mahkamah sivil.

"Bagaimanapun, apabila pindaan dilakukan pada Julai 1998, kedudukan mahkamah syariah itu setara dengan mahkamah sivil. Jadi tidak timbul isu di mana kes keputusan mahkamah syariah boleh dibatalkan oleh mana-mana hakim mahkamah sivil,” katanya.

Menyentuh mengenai sistem sulh atau pengantara, Mohd Na'im berkata sistem yang diperkenalkan di mahkamah syariah turut menarik minat pengamal undang-undang negara luar berikutan mampu mengurangkan bebanan kerja mahkamah.

Sebelum ini, katanya, jika ada kes yang difailkan di mahkamah syariah, kes itu terus akan dibawa ke hadapan hakim yang akhirnya mendorong kepada berlakunya lambakan kes sebab terlalu banyak kes yang mungkin sepatutnya boleh didamaikan.

Tetapi disebabkan tidak ada unit yang boleh membawa pasangan bermasalah itu untuk berdamai, katanya, kes berkenaan terus dibawa kepada mahkamah yang cenderung kepada perceraian.

"Di Oxford, saya jelaskan kepada cendekiawan dan tetamu, perbezaan agak ketara kerana di mahkamah syariah kita mempunyai `court centre mediation', ini bermakna unit sulh yang diwujudkan berada bersama-sama dengan mahkamah.

"Berbeza dengan Mahkamah Keluarga di sana dijalankan oleh pihak swasta dan tidak berada bersama-sama dengan mahkamah, malah perkhidmatan mereka berbayar.

"Jadi bagi mereka di sana yang hendak mengelak pertikaian di mahkamah, terpaksa mengeluarkan belanja sendiri bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan," katanya.

Mohd Na'im turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Hakim Mahkamah Keluarga di Massachussets di Amerika Syarikat (AS) dan mengadakan perbincangan bersama hakim mahkamah keluarga di sana pada 16 Mei lalu.

Malah, beliau berkesempatan memberikan Syarahan Perdana mengenai perundangan syariah dan hukum Islam yang dikanunkan di Malaysia di Austin Hall, Harvard Law School di AS pada 3 April lalu.


Sumber:http://www2.bharian.com.my/articles/Mahkamahsyariahmakinditerimamasyarakatluar/Article/

Lawyer: JAWI forcing ‘collision course’ with refusal to defer Kassim Ahmad case | Tarikh : 16 Oktober 2014 | MalayMail-Online

Kassim Ahmad speaks to reporters after his trial at the Shariah High Court in Putrajaya on May 6, 2014. His lawyer Rosli Dahlan says the Islamic authorities are pressing ahead with their case against Kassim despite a civil court challenge against his arrest and charge that will only be heard next month. ― Picture by Boo Su-Lyn

alakasim KUALA LUMPUR, Oct 16 — Islamic authorities are pressing ahead with their case against Muslim intellectual Kassim Ahmad despite a civil court challenge against his arrest and charge that will only be heard next month, lawyer Rosli Dahlan complained today.

Kassim’s lawyer Rosli, told Malay Mail Online that the Shariah Court and the Federal Territory Islamic Affairs Department (JAWI) rejected his client’s request to defer the four-day trial running from October 20.

He claimed this to be an apparent attempt to set the civil courts and Shariah courts on a “collision course”, as there could be a conflict of laws on this matter.

Saying that JAWI and the Shariah Court had only notified him yesterday — just days before the Monday trial — Rosli said he had to file an application in the High Court today for a stay of the trial in the Shariah Court, but said it was uncertain if he would be able to get a hearing for the application before the trial.

In a October 14 letter from JAWI, the religious body’s prosecutor Zainor Rashid Hassin told Kassim’s lawyers that they “do not agree” with his application to postpone the trial dates set by the Putrajaya Shariah High Court.

In the letter that was made available to Malay Mail Online, Zainor did not state the reasons for their refusal to agree to defer the Shariah trial dates.

Zainor, who was writing on behalf of JAWI’s chief Syarie prosecutor, was unavailable for comment at the time of writing.

On October 3, Rosli had written to the Shariah Court to request that it postpone Kassim’s trial until the judicial review — which is set to be heard on November 18 — is disposed in the civil courts.

Rosli also claimed today that JAWI and the other parties named in the judicial review case had asked for the hearing date in the civil courts to be postponed, as they needed more time to file their court documents.

He said that his client had acted in good faith and had not objected to their requests, also saying that Kassim did not cause any delays in the hearing date for the judicial review, saying it was now “unfair” for the Shariah prosecutors to insist on going ahead with the trial before the civil court decides on the challenge.

Besides defending Kassim in the Shariah Court, Rosli also represents the 81-year-old author in the civil court in the judicial review of JAWI’s actions in abruptly hauling him up from his Kedah home to Kuala Lumpur, besides briefly detaining him overnight before charging him in the Putrajaya Shariah Court the next day.

In March, Kassim was charged at the Shariah High Court in Putrajaya with insulting Islam and defying religious authorities at a seminar in February that was officiated by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kassim had pleaded not guilty to both charges under Section 7(b) and Section 9 of the Shariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 that carry a maximum fine of RM3,000 or imprisonment up to two years, or both.

At the seminar in Putrajaya on February 15 and February 16, Kassim allegedly questioned the use of “hadith” (a collection of sayings and deeds attributed to Prophet Muhammad) to interpret the Quran, as well as the headscarf commonly worn by Muslim women, as he allegedly said hair was not part of the “aurat” that must be covered up.

The scholar and author, who had written a controversial book in 1986 titled “Hadith: A Re-Evaluation” that got banned, was also accused of questioning the beatification of Prophet Muhammad.


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/lawyer-jawi-forcing-collision-course-with-refusal-to-defer-kassim-ahmad-cas#sthash.ABxaRJX3.dpuf

 

TUMPAT 16 Okt. - Perbincangan jawatankuasa teknikal khas mengenai pelaksanaan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan berjalan lancar dan kini dalam fasa terakhir sebelum rang undang-undang itu dibentangkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kini tinggal dua lagi mesyuarat rasmi di peringkat Majlis Agama Islam Kelantan sebelum ia bawa ke sidang Dewan Rakyat.

"Kita kini dalam persiapan (laksanakan hudud) daripada satu tahap ke satu tahap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Islam Cawangan Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Semalam kerajaan Pas Kelantan bertegas tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Malah tegasnya, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana tidak melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat turut berharap pelaksanaan hukum hudud akan mendapat sokongan semua pihak.

"Segala perancangan menunjukkan perkembangan positif dan saya harap semua akan memberi sokongan," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika diminta mengulas mengenai penggantungan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berkata, tindakan yang dikenakan tersebut adalah tepat.

Tindakan tersebut katanya, akan memberi pengajaran kepada ahli Pas lain agar tidak mengikuti apa yang dilakukan oleh dua ADUN berkenaan.

"Kita dalam berjemaah berpolitik semestinya ada peraturan-peraturan dan juga adab berjemaah. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141017/po_01/Perbincangan-laksana-hudud-dalam-fasa-terakhir#ixzz3GMpcIn3F © Utusan Melayu (M) Bhd

TUMPAT - Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan apabila prosses perbincangan melalui jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, proses perbincangan itu berada pada fasa terakhir apabila dua mesyuarat lagi berbaki  di peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebelum rang undang-undang Islam itu dibentangkan.

“Kita kini dalam persiapan daripada satu tahap ke satu tahap.

“Ada dua lagi mesyuarat secara rasmi di peringkat Maik sebelum ia (rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bank Islam cawangan Wakaf Bharu di sini, semalam.

Semalam dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa membuat pergulungan pada sidang Dun Kelantan berkata, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Malah tegasnya, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berharap pelaksanaan hukum itu yang menunjukkan perkembangan positif ini akan mendapat sokongan semua pihak.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai penggantungan Adun Hulu Klang , Saari Sungip  dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin; beliau berkata, tindakan yang dikenakan itu adalah tepat.

“Tindakan tersebut akan memberi pengajaran kepada ahli-ahli Pas yang lain selepas ini agar tidak mengikuti apa yang dilakukan oleh dua Adun berkenaan.

“Kita dalam berjemaah berpolitik semestinya ada peraturan-peraturan dan juga adab berjemaah. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang,” katanya.


Sumber  : http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-bakal-terlaksana-di-kelantan-1.324993

 

Sunday the 22nd. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.