ketua pegawai maklumat cio jksp

 

 

AJK LAMAN WEB JKSP 20162016


Senarai Tugas AJK Laman Web JKSP

 

 

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang telah Ditubuhkan bagi memastikan segala   permasalahan yang berkaitan perundangan syariah dan Kekeluargaan Islam di Negeri Pahang dapat diselesaian dengan cara terbaik mengikut Hukum-Hukum Syarak yang berpandukan Al-Quran Dan Hadish. Berikut digariskan 6 Fungsi Asas yang menjadi teras utama sistem penyampaian di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
BIL FUNGSI
1.  Menerima dan menyelaras kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang.
2. Menguatkuasa dan melaksana sistem kehakiman islam yang teratur dan berkesan.
3. Mengurus kes-kes Rayuan Syariah secara teratur dan berkesan.
4. Mengurus permohonan pembahagian harta pusaka.
5. Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.
6. Memberi perkhidmatan rundingcara,pertemuan dan perdamaian.

 

 

 SENARAI FUNGSI BAHAGIAN YANG MENYOKONG ORGANISASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG


BAHAGIAN KEHAKIMAN


Objektif Bahagian


Melaksanakan hal ehwal perundangan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang sedia ada dengan cekap dan efisien.

 Fungsi Bahagian

1. Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.

2. Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’ dan undang-undang bertulis.

3. Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan berkesan;

4. Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian Faraid;

5. Membangunkan Sumber Manusia yang terlatih dan mencukupi;

 Aktiviti Utama Bahagian

1. Mendengar dan memutuskan kes Mal, Jenayah dan Faraid mengikut undang-undang yang sedia ada.

2. Memproses dan mengeluarkan perintah/keputusan mahkamah.

3. Menguruskan proses semakan dan rayuan kes.

BAHAGIAN PENTADBIRAN


Ringkasan

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam organisasi. Bidang pengurusan merupakan suatu proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan Sumber Manusia akan menitikberatkan aspek motivasi pekerja termasuklah persekitaran dan peluang agar pekerja dapat menggunakan bakat dan kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan organisasi.

Bahagian Pentadbiran,Kewangan dan Sumber Manusia  bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang di ketuai oleh Seorang Ketua Jabatan yang diberi gelaran YANG AMAT ARIF selaku Ketua Hakim Syarie Pahang (Jusa C), disamping itu penurunan kuasa dilakukan bagi membantu menguruskan pentadbiran dan Kewangan Jabatan kepada Seorang Ketua Pendaftar (LS 48) dan seorang Penolong Pengarah PTD (M44).

Dibawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Ibu Pejabat terdapat jawatan-jawatan sokongan yang membantu dalam melancarkan kerja-kerja pentadbiran seperti:

1. Seorang Penolong Pegawai Tadbir (N29).
2. Seorang Pembantu Tadbir Kewangan (W22).
3. Seorang Pembantu Tadbir Kewangan (W19).
4. Dua Orang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi (N22) (KUP).
5. Seorang Pegawai Khidmat Pelanggan  (N19).
6. Seorang Pembantu Perpustakaan (S19)
7. Seorang Pembantu Takbir (N19).
8. Seorang Pembantu Operasi (N11) 
9. Tiga Orang Pemandu Kenderaan (H11).

 

SULH


Pengenalan
 Unit SULH di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Telah Ditubuhkan Pada Tahun 2009, dimana terdapat 4 Orang Pegawai Sulh telah dilantik bagi Mengisi Jawatan Pegawai Syariah (LS41). Bagi perkembangan semasa Unit Sulh Telah Beroparasi di 4 Lokasi Mahkamah Syariah di Negeri Pahang iaitu di:
  1. Mahkamah Tinggi Syariah Pahang (Kuantan).

  2. Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.

  3. Mahkamah Rendah Syariah Temerloh.

  4. Mahkamah Tinggi Syariah Bentong.

Definisi Sulh :
Sesungguhnya Islam menganjurkan perdamaian terhadap apa saja pertikaian berdasarkan konsep redha meredhai dan tolak ansur. Sulh merupakan salah satu kaedah perdamaian yang efektif kepada masyarakat selain kaedah perbicaraan di Mahkamah yang sering berlanjutan dan mengambil yang lama serta kos yang tinggi. Keberkesanan perlaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah Pahang membuktikan bahawa kaedah ini mampu untuk mengurangkan masalah kes tertangguh yang membelenggu Mahkamah Syariah selama ini. Dengan perlaksanaan Sulh, dibuktikan bahawa imej Mahkamah Syariah dapat dinaikkan melalui peningkatan kes berjaya diselesaikan.

PANDAHULUAN
Konsep penyelesaian pertikaian di luar Mahkamah semakin hari semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Kaedah Sulh telahpun diperkenalkan dan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Malaysia. Kaedah Sulh telah diperkenalkan di Pahang pada tahun 2009 di mana ianya mengutamakan instrumen penyelesaian pertikaian secara perdamaian. Kaedah ini merupakan alternatif kepada kaedah perbicaraan yang kebiasaannya memakan masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi. Selain Mahkamah Syariah melaksanakan Sulh, Majlis Peguam juga telah lebih dahulu menubuhkan Pusat Mediasi pada tahun 1999. Kaedah Sulh boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk tetapi bergantung kepada tuntutan atau permohonan yang dibawa oleh pihak bertikai. Ini termasuk rundingcara atau kaunseling rumahtangga, Hakam dan Jawatankuasa Pendamai dalam isu syiqaq atau perbalahan dalam masalah rumahtangga dan Majlis Sulh atau Mediasi. Majlis Sulh boleh dihadiri oleh pihak-pihak itu sendiri atau dihadiri sama peguam syarie. Tuntutan atau permohonan yang dibuat mestilah melibatkan hak dan tanggungjawab dalam hal ehwal kekeluargaan Islam di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sulh mempunyai beberapa pentakrifan. Pada dasarnya definisi ini boleh dikategorikan kepada dua pentakrifan iaitu berdasarkan hukum syara’ dan undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di Pahang. Sulh menurut bahasa diertikan sebagai “penamatan sesuatu pertikaian” atau “berbuatbaik”. Manakala menurut istilah syara’ pula adalah “suatu aqad yang dengannya tamat sesuatu pertikaian”.

Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah, al-Sheikh Nazzam dan Qadri Basha

menerangkan sulh ialah akad yang menamatkan pertikaian secara sukarela dan redha meredhai.Ada juga yang merujuk Sulh dalam terma yang lain iaitu Mediasi. Mediasi bolehdidefinisikan sebagai “proses di mana satu pihak (pihak ketiga atau mediator) membantu dua pihak yang bertikai antara satu sama lain berunding dan mencapai penyelesaian secara damai”.
Ini bermakna mediasi merupakan ‘perundingan secara terpimpin’ (assisted negotiation) secara langsung kepada pihak-pihak yang bertikai oleh mediator’.

Dari segi undang-undang yang dirujuk di Negeri Pahang, tiada peruntukan yang mendefinisikan Sulh dengan jelas. Namun demikian terdapat peruntukan mengenai Sulh dan meletakkan bahawa sulh itu dalam suatu bentuk proses berdasarkan prosedur tertentu  yang digalakkan.

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, dapat disimpulkan bahawa Sulh merupakan keputusan atau hasil dari suatu perdamaian atau persetujuan oleh pihak-pihak yang bertikai atau bersengketa hasil dari proses mediasi. Majlis Sulh merupakan suatu proses perundingan terpimpin yang dijalankan sesuai dengan peraturan yang diperuntukkan oleh hukum syara’ dan undang-undang bagi tercapainya Sulh. Kaedah Sulh ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa malahan dapat menyelesaikan sesuatu pertikaian secara terbuka dan sukarela, bukannya melepaskan dendam.

Rumusan yang boleh diberikan mengenai pentakrifan Sulh yang diamalkan di Mahkamah Syariah dari sudut undang-undang dan praktikalnya Sulh merupakan suatu kaedah penyelesaian secara damai dan redha meredhai di mana pihak-pihak bertikai terhadap sesuatu tuntutan atau permohonan menghadiri satu proses perbincangan di dalam suatu majlis perundingan yang dipimpin secara rasmi, yang diatur oleh pegawai Mahkamah. Sebarang penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua belah pihak akan direkodkan di hadapan hakim dan dijadikan suatu perintah di mana keputusan ini adalah mengikat


PANDANGAN
SYARA'

Islam sememangnya menggalakkan amalan Sulh berdasarkan sifatnya yang mengutamakan perdamaian secara redha meredhai. Terdapat dalil-dalil yang jelas dalam al-Quran, al-Sunnah dan pendapat fuqaha’ yang menyeru ke arah pelaksanaan Sulh. Al-Quran secara nyata menganjurkan perdamaian sepertimana Firman Allah S.W.T di dalam
Surah al-Hujurat ayat 9: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya”

Allah S.W.T. juga berfirman di dalam Surah al-Nisa’ayat 128 yang bermaksud:

“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai)“

Rasulullah SAW juga amat menggalakkan umatnya untuk mencari perdamaian dan mengelakkan pertikaian sesama sendiri. Peristiwa Rasulullah menyelesaikan pertikaian di antara pembesar Quraysh mengenai hak untuk meletakkan Hajr al-Aswad membuktikan amalan Sulh ini benar-benar dianjurkan oleh Islam. Malahan baginda sendiri menganjurkan penyelesaian pertelingkahan secara Sulh walaupun baginda mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan secara bersendirian.

Rasulullah juga menunjukkan kecenderungannya kepada penyelesaian secara Sulh melalui hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, yang bermaksud:

Saya hanya seorang manusia biasa dan kamu membawa kepada saya pertikaian antara kamu. Andainya satu pihak antara kamu mengemukakan tuntutannya dengan cara yang lebih menarik dan pihak lain sehingga saya memberi keputusan yang tidak benar kepada pihak itu, iaitu memberi hak satu saudara ke saudara yang lain, ia harus tidak menerimanya sebab itu adalah sebahagian dari neraka.

Hadith ini dengan jelas membuktikan bahawa Rasulullah lebih menyukai penyelesaian pertikaian yang di buat secara sukarela sesama pihak bertikai daripada membuat keputusan melalui kaedah perbicaraan.

8 Mushaf Malaysia Rasm Uthmani, Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Diterjemah oleh Sheikh Abdullah Basmeih dan disemak oleh Datuk Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim, Darul Fikir, Kuala Lumpur, 2001. 9 Ibid. 10 Sahih al-Bukhari, Jilid 3.5 Ulama bersepakat dan menggalakkan amalan Sulh dilaksanakan di dalam kes-kes yang dibenarkan menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Riwayat al-Tarmizi dari Amru bin ‘Awf Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“ Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan dan sebenarnya orang Islam itu terikat dengan janjinya kecuali dalam perkara yang mengharamkan apa telah dihalalkan dan sebaliknya”

Sulh juga dibenarkan sekiranya perkara itu melibatkan hak manusia (haq al-ibad) dan tidak dibenarkan di dalam kes yang melibatkan hak Allah seperti hudud. Menurut Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu12, jumhur ulama’ berpendapat, terdapat empat rukun Sulh iaitu dua orang yang beraqad, sighah, perkara yang dipertikaikan dan ganti sulh. Manakala dari rukun-rukun tersebut terdapat tiga syarat Sulh iaitu :

1) Syarat berkaitan pihak-pihak yang berdamai

  • Iaitu orang yang layak dan sah mendermakan hartanya. Jika ia dibuat oleh orang yang tidak layak seperti orang gila atau kanak-kanak atau penjaga anak yatim atau nazir harta wakaf, maka sulhnya tidak sah kerana ia merupakan derma, sedangkan mereka tidak memilikinya.

  • Sungguhpun demikian, Sulh penjaga anak yatim atau nazir harta wakaf adalah sah jika Sulh yang dibuat oleh mereka boleh mendatangkan kebaikan bagi anak yatim dan harta wakaf.

2) Syarat bagi sesuatu yang dijadikan Sulh

  • Ia merupakan harta yang boleh dinilai dan dapat dibuat penyerahan atau sesuatu yang berharga.

  • Ia diketahui wujud dan tidak dipertikaikan tentang kewujudannya bagi melaksanakan penerimaan serta penyerahan.

3) Syarat bagi hak yang dipertikaikan.

  • Ia merupakan harta yang boleh dinilai atau sesuatu yang bermanfaat.

  • Ia merupakan hak seseorang yang harus ditukar ganti sekalipun bukan berbentuk harta seperti qisas.

  • Hak Allah tidak sah untuk dijadikan Sulh seperti hadd zina dan minum arak.

Daripada rukun dan syarat tersebut, kesannya seandainya Sulh telah dipersetujui ianya adalah bersifat mengikat dan tidak boleh diubah tanpa persetujuan dan tidak boleh didengar dakwaan yang menuntut buat kali kedua. Namun demikian penyelesaian yang dibuat di Majlis Sulh boleh di bawa ke Mahkamah sekiranya terdapat ketidaktelusan, penipuan, kesilapan dan sebagainya yang mengakibatkan ketidakadilan kepada sesuatu pihak. Secara umumnya, penyelesaian melalui kaedah Sulh di kaca mata syara’ dan yang dilaksanakan berlaku dalam dua bentuk iaitu Secara Pelepasan Hak (Ibra’) iaitu pemohon yang menuntut hak hanya mahu dan bersetuju mengambil atau menerima sebahagian sahaja daripada kadar tuntutannya dan Secara Gantian Mu’awadhah) iaitu pemohon tidak mengambil haknya yang dituntut tetapi bersetuju digantikan dengan bentuk lain.

MANUAL KERJA SULH

 Bagi melaksanakan Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Pahang 2001, satu Manual Kerja Sulh telah digubal untuk digunapakai dan dipatuhi oleh semua Pegawai Sulh. Antara objektif manual kerja ini ialah bertujuan untuk memperjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua Pegawai Sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh. Manual Kerja Sulh ini menggariskan proses bermula dengan kenyataan awal Pegawai Sulh atau al-Ta’aruf, pembentangan awal pihak yang bertikai, perbincangan bersama, pertemuan sebelah pihak (private caucus), perundingan bersama, penghakiman berasaskan persetujuan dan kes diserahkan kembali. Manual Kerja Sulh juga mengutamakan konsep kerahsiaan bagi menjamin perlaksanaan Sulh dengan lebih berkesan. Majlis Sulh akan dilaksanakan melalui dua cara iaitu secara Marathon atau Berkala.

Perlaksanaan Majlis Sulh secara Marathon bermakna ianya dilaksanakan hanya dengan sekali panggilan atau perbincangan sahaja bersama pihak-pihak bertikai. Kebiasaannya ia hanya mengambil masa yang singkat dan mampu mempercepatkan kes selesai. Majlis Sulh yang dijalankan secara Berkala atau bertempoh dilaksanakan lebih dari sekali sesi bergantung kepada budi bicara Pegawai Sulh. Tempoh perlaksanaan Majlis Sulh Berkala ini ialah dalam masa 3 bulan dan boleh dilanjutkan dengan membuat permohonan di Mahkamah. Bentuk Majlis Sulh ini mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kerjasama dari pihak bertikai untuk hadir pada setiap sesi Majlis Sulh.

 

 

TEKNOLOGI MAKLUMAT


Objektif Bahagian
  1. Menyelaras, memantau dan meningkatkan penggunaan teknologi komputer yang terkini kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang.

  2. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik JKSP danmembudayakan ICT kepada warganya.
 Fungsi Bahagian
 
  1. Memastikan sistem yang tersedia dapat digunakan dengan sempurna.

  2. Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Bahagian / Unit di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang termasuk di Mahkamah Syariah setiap daerah dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar jabatan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

  3. Memastikan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Sistem-Sistem yang disediakan oleh JKSM yang dilaporkan melalui penggunaan Helpdesk.

  4. Memastikan dalam penentuan pengagihan peratan ICT didalam jabatan  dan mengurus prasarana ICT termasuk perkakasan dan perisian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP).

  5. Memastikan Mengawal inventori peralatan ICT.

  6. Memastikan dalam proses pelupusan peralatan ICT.

  7. Memastikan Pegawai Sistem Maklumat dalam menentukan urusan pinjaman dan pemulangan peralatan ICT .

  8. Memastikan mengurus bantuan teknikal ICT dan di JKSP.

  9. Memastikan Mengurus dan memantau perkembangan

  10. penggunaan Sistem e-Syariah,e-TMS,e-Bicara dan lain-lain sistem agar dalam keadaan baik

  11. Memastikan pengguna dalam permohonan dan penggunaan egCert di JKSP.

  12. Memastikan Mengurus dan memantau perkembangan semua server dan talian oneGovNet(Internet dan Sistem) yang digunakan oleh JKSP agar dalam keadaan baik.

  13. Memastikan mendapatkan sebutharga Peralatan dan Perisian ICT bagi kegunaan JKSP.

  14. Memastikan memastikan peralatan serta perisian ICT berfungsi dan beroperasi dengan baik.

  15. Memastikan merancang Pelan Strategik ICT dan Pelan Keselamatan ICT JKSP.

 Aktiviti Utama Bahagian
 

Bahagian ICT Jabatan Kehakiman Syariah Pahang adalah salah satu bahagian dibawah Sektor Pengurusan. Di mana Pegawai dan Kakitangan Bahagian ini adalah di bekalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga JKSP dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di JKSP.

Bahagian ini diketuai oleh Seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan dibantu oleh Seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29  dua (2) Orang Juruteknik Komputer F29 dan FT17. Bahagian ini mempunyai empat (4) Fungsi utama untuk menyokong hal-hal berkaitan ICT iaitu

  • Perancangan ICT,
  • Teknikal dan Operasi,
  • Aplikasi Pengurusan dan 
  • Aplikasi Keselamatan.

Keempat-empat Fungsi ini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Misi

Menyediakan perkhidmatan ICT yang efektif ,efisien dan selamat bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan keselamatan dalam JKSP.

Visi

ICT sebagai penggerak utama Kemajuan ICT bagi JKSP.

 

BSK


Sejarah Penubuhan
 

Kebelakangan ini juga, timbul desakan daripada masyarakat khususnya daripada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), supaya tindakan yang lebih proaktif dan efektif dilaksanakan ke atas mereka yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah.

Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu unit di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Cadangan untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga ini juga dilihat sebagai satu langkah yang amat bijak dan tepat pada masanya, bagi mengatasi masalah berhubung dengan pelaksanaan perintah. Sebenarnya, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang mengambil berat mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga. Mereka juga telah mengorak langkah lebih awal dan proaktif untuk menubuhkan suatu agensi atau badan khas yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Antara negara-negara terlibat adalah seperti yang berikut :-

Australia - 'Child Support Authority (CSA)' di mana matlamat penubuhannya ialah bagi menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak.

Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM
BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 4, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 Fungsi Bahagian
 • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
• Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
• Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
• Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
• Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
• Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.
 Matlamat Bahagian
• Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen.
• Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri
 Visi Bahagian
 "Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif."
 Objektif Bahagian
• Merealisasikan pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah yang melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan;
• Meningkatkan status dan bidang kuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek pematuhan perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan;
• Mengatasi masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah kehakiman;
• Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan;
• Menyelesaikan dan mengenalpasti masalah pemiutang kehakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya;
• Memberi khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat dari segi prosedur undang-undang, hukum syarak, pelaksanaan tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan kekeluargaan Islam sama ada individu ataupun orang awam;
• Menjalankan siri pertemuan peringkat antarabangsa dalam memperkasakan peranan BSK di dalam Malaysia;
• Menjadi wakil sekiranya wujud pusat sehenti di peringkat antarabangsa;
• Bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab (Central Authority) yang diberi kuasa melaksanakan perintah mahkamah dari negara luar berkaitan kekeluargaan Islam;
• Menyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan Hukum Syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah serta menjadi pemegang Amanah bagi dana kewangan bagi melaksanakan transaksi harta dalam menyalurkan bantuan sara hidup kepada setiap keluarga yang terlibat
URUSETIA JAWATANKUASA
JAWANKUASA INDUK BSK
• Membuat ketetapan dasar berkenaan BSK JKSM
• Melantik Jawatankuasa Kerja BSK
• Mengemukakan sebarang perkara dasar kepada jemaah menteri, MKI dan Majlis
JAWATANKUASA KERJA BSK
• Menetapkan dasar dan polisi BSK;
• Memperincikan fungsi BSK;
• Memantau fungsi BSK sehingga dapat dilaksanakan dengan betul dalam tempoh masa 6 bulan;
• Menyemak semula ‘review’ kewujudan dan kaedah pelaksanaan BSK;
• Menilai pelaksanaan BSK;
• Membuat penyelidikan untuk rujukan;dan
• Membuat perancangan masa depan BSK.

REKOD


Fungsi Bahagian
• Mengendalikan semua kes-kes rayuan dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;
• Menyedia dan mengawal selia laporan bulanan/tahunan statistik kes Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;
• Urusetia kepada Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Dan Ketua-Ketua Pendaftar/ Pendaftar Mahkamah Syariah seluruh Malaysia, Muzakarah Hakim Syarie Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah dan Jawatankuasa Khas/ Jawatankuasa Kerja;
• Menyediakan Arahan Amalan dan Prosedur Mahkamah Syariah;
• Menyediakan risalah-risalah Mahkamah Syariah;
• Menyediakan bahan-bahan untuk dimuatkan dalam Jurnal Hukum.
 Visi Bahagian
Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keserkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
 Misi Bahagian
Untuk menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSN/MSN yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.
 Objektif Bahagian

 “Melaksanakan perkhidmatan Bahagian  Rekod berlandaskan prisip pencapaian diutamakan dengan cara :

1. Mewujudkan sistem pengurusan rekod jabatan secara sistematik dan terpelihara.

• Mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan, bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi 1 Malaysia.
• Member khidmat nasihat kepada JKSM/JKSN/MSN mengenai pengurusan rekod jabatan yang efisyen.
• Meningkatkan kesedaran dan penghayatan warga JKSM/JKSN/MSN tentang sejarah institusi kehakiman Syariah melalui penggunaan dan pemeliharaan rekod mengikut piawaian yang ditetapkan.
• Melahirkan suasana ruang kerja yang kondusif, selesa dan harmoni.

 


 

 

 

 

 

hiraki mahkamah syariah01

yuytuyt

Sub-kategori

Tuesday the 14th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.