MAHKAMAH RENDAH SYARIAH 

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah 

 

BIDANG KUASA BAGI KES JENAYAH
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah enakmen ini atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang mana-mana hukuman maksimum yang diperuntukan tidak melebihi tiga ribu ringgit ( RM 3000.00 ) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

BIDANG KUASA BAGI KES MAL
Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang mana Mahkamah Rendah Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit ( RM 100,000.00 ) atau yang tidak dapat dianggarkan dengan nilai wang.

 

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 

 BIDANG KUASA BAGI KES JENAYAH

Mempunyai bidangkuasa di seluruh Pahang, dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan  boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987 atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan di dalamnya.

 BIDANG KUASA BAGI KES MAL

Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:-

  • Pertunangan, perkahwinan, penceraian atau perpisahan ( faraq );

  • Apa-apa pelupusan atau tuntutan terhadap harta yang timbul daripada perkara yang disebut dalam sub perenggan 1;

  • Nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak ( hadhanah );

  • Pembahagian atau tuntutan terhadap harta sepencarian;

  • Wasiat atau pemberian semasa hampir maut ( maradhul maut ) seseorang simati Islam;

  • Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam;

  • Wakaf atau nazar;

  • Menentukan waris dan membahagikan harta berwasiat atau tidak berwasiat orang Islam; dan

  • Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

 BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DALAM PERKARA KES JENAYAH:-

Kes akan dibawa oleh Pendakwa atau oleh orang yang telah sabit kesalahan dan rayuan ini bolehlah terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana satu daripada yang tersebut itu.

 BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ALAM PERKARA KES MAL:-
  • Oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak kurang daripada lima ratus ringgit ( RM500.00 ).

  • Dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai status peribadi oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu.

  • Dalam semua kes yang berkaitan dengan nafkah tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu : dengan syarat bahawa tiada suatu pun rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan.

 DALAM KES-KES LAIN, JIKA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMBERI KEBENARAN MERAYU

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada Mal atau Jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah SubSeksyen (2) Seksyen 49 atau memberikan apa-apa arahan yang perlu disisi keadilan.

 
 LOKASI BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

 

Bidang Kuasa bagi Mahakah Tinggi Syariah  Kuantan

Daerah Kuantan,Daerah Pekan,Daerah Rompin, Daerah Muadzam Shah, Daerah Maran, Daerah Chenor. Bandar Jengka,Jengka 1,Jengka 2,Jengka 3,Jengka 4,Jengka 5,Jengka 6, Jengka 7, Jengka 10,Jengka 11,Jengka 14,Jengka 15 Jengka 16,Jengka 17,Jengka 18,Jengka 19, Jengka 20, Jengka 22 dan Jengka 23 .

 

Bidang Kuasa bagi Mahakah Tinggi Syariah  Bentong

Daerah Bentong,Daerah Temerloh,Daerah Jerantut,Daerah Kuala Lipis, Daerah Raub, Daerah Cameron Highlands, Daerah Bera,Jengka 8, Jengka 9, Jengka 12, Jengka 13, Jengka 21, Jengka 24 dan Jengka 25.

 

 

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

BIDANG KUASA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

 

  • Mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.

  • Apabila sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan daripada mana-mana pihak memberi kebenaran untuk membuat keputusan mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.

  • Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujuk bagi keputusannya itu dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah sepatutnya membuat, sebagaimana yang difikirkannya adil bagi menyelesaikan rayuan itu.

 

 

BIDANG KUASA(JENGKA)

BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH BAGI GUGUSAN JENGKA
Kawasan Gugusan Felda Jengka dibahagikan dibawah 3 bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS Maran, MRS Chenor dan MRS Jerantut. serta 2 bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah iaitu MTS Kuantan dan MTS Bentong carta ini akan memudahkan penduduk di kawasan yang berkenaan merujuk kawasan pembahagian bidang kuasa ini untuk melakukan sebarang urusan yang berkaitan dengan kawasan masing-masing. Bagi Kawasan-kawasan lain di dalam jajahan negeri pahang pembahgian bidang kuasa adalah tertakluk kepada daerah bermastautin. 
 BIL  MRS MARAN / MTS KUANTAN  MRS CHENOR / MTS KUANTAN  MRS JERANTUT / MTS BENTONG
1 BANDAR JENGKA JENGKA 6 JENGKA 8
2 JENGKA 1 JENGKA 7 JENGKA 9
3 JENGKA 2 JENGKA 17 JENGKA 12
4 JENGKA 3 JENGKA 18 JENGKA 13
5 JENGKA 4 JENGKA 19 JENGKA 21
6 JENGKA 5 JENGKA 20 JENGKA 24
7 JENGKA 10 JENGKA 22  JENGKA 25
8 JENGKA 11 JENGKA 23  
9 JENGKA 14    
10 JENGKA 15    
11 JENGKA 16    

 

 

 

Saturday the 15th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.