Selamat Datang ke Ruangan Khas Ahli KRISPA | TUJUAN PENUBUHAN KRISPA. 1. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam ha-hal yang menyalahi Undang-Undang Negara. 2. Untuk menganjurkan Aktiviti-aktiviti/Program-program yang berbentuk Keagamaan/Kesukanan/Rekreasi/akademik yang boleh mendatangkan manafaat kepada ahli-ahli termasuk aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan. 3. Untuk menggalakkan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggungjawab. Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti Kelab bagi kebaikan ahli-ahli. 4. Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai

 

logo krispa NO BACKGROUND
RUANGAN KHAS AHLI KRISPA 

Selamat Datang ke Ruangan Khas bagi Ahli KRISPA. Ruangan ini akan memberikan segala informasi serta maklumat yang berkaitan segala aktiviti yangdijalankan oleh Ahli KRISPA sepanjang Tahun . Selain dari pada itu pengguna juga akan memperolehi maklumat yang berkaitan perkembangan terkini yangterjadi di persekitaran kita. Semoga ruangan ini akan menjadi wadah informasi yang berguna didalam meningkatkan kesefahaman dan keakraban kita

PENGENALAN
KRISPA adalah singkatan daripada  KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, ia telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 23.Julai.2003 di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang(Kuantan) sehingga kini keahlian krispa adalah terdiri dari pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang(JKSP) diseluruh negeri.
TUJUAN DAN MATLAMAT PENUBUHAN
  • Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam ha-hal yang menyalahi Undang-Undang Negara.

  • Untuk menganjurkan Aktiviti-aktiviti/Program-program yang berbentuk Keagamaan/Kesukanan/Rekreasi/akademik yang boleh mendatangkan manafaat kepada ahli-ahli termasuk aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan.

  • Untuk menggalakkan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggungjawab.

  • Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti Kelab bagi kebaikan ahli-ahli.

  • Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai

 PENAUNG | PENASIHAT
Pemegang jawatan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dengan sendirinya menjadi Penaung merangkap selaku Penasihat kepada Kelab.
Wednesday the 26th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.