PENGENALAN

Unit Pusat Sumber JKSP adalah satu unit yang berperanan untuk memudahkan pegawai dan kakitangan jksp untuk mendapatkan bahan rujukan dan bacaan. ia beroperasi di tingkat satu, Ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. dimana secara pentadbirannya ia di khususkan di bawah Bahagian  Teknologi Maklumat dan komunikasi JKSP

PERANAN

1. Mengkelaskan buku-buku, majalah serta bahan bacaan

2. Menyimpan bahan-bahan bacaan.

3.memberi perkidmatan peminjaman bahan bacaan.

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER
Diantara bahan –bahan rujukan yang terdapat didalam Pusat Sumber JKSP seperti buku undang-undang, akta, enakmen , jurnal hukum, kitab-kitab serta bahan rujukan lain yang bersangkutan dengan undang-undang kekeluargaan Islam , jenayah Islam , pengurusan ekonomi, perlembagaan Malaysia dan lain-lain. Bahan –bahan rujukan tersebut adalah hasil pembelian oleh Jabatan Kehakiman Syariah Pahang pada setiap tahun mengikut permintaaan dan keperluan Hakim Syarie dan Pegawai yang  memerlukan untuk kepentingan Jabatan.
 SYARAT PEMINJAMAN

Jumlah peminjaman buku oleh pegawai dan kakitangan JKSP ialah 5 (lima) buah. Tempoh peminjaman adalah 2 (dua) minggu dari tarikh peminjaman. Permohonan lanjutan pinjaman adalah 1 (satu) kali sahaja.

Peminjam hendaklah mendaftarkan kepada Pembantu Perpustakaan buku-buku yang hendak dipinjam dan juga di waktu pemulangan. Ini bagi  memastikan pergerakan keluar masuk buku dapat direkodkan bagi tujuan pengesanan. Sebarang kehilangan atau kerosakan pada bahan-bahan Pusat Sumber JKSP hendaklah dimaklumkan kepada Pembantu Perpustakaan.

PERANAN

Semua majalah-majalah adalah untuk dibaca di dalam Pusat Sumber ini sahaja. Pengguna TIDAK dibenarkan membawa keluar majalah atau meminta kakitangan lain meminta kakitangan lain berbuat demikian.

PERATURAN KHAS
  1. Pengguna luar adalah tidak dibenarkan meminjam sebarang koleksi bahan di Pusat Sumber JKSP kerana Pusat Sumber JKSP merupakan Perpustakaan KHUSUS.

  2. Pulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.

  3. Bagi buku yang hilang , Pengguna dikehendaki membayar mengikut harga asal buku.

  4. Pengguna dilarang membawa makanan, minuman dan merokok di dalam Pusat Sumber.

  5. Pihak Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang  milik pengguna sepanjang tempoh di dalam Pusat Sumber.

  6. Sebarang permintaan untuk menggunakan Pusat Sumber di luar waktu perkhidmatan yangmelibatkan urusan Jabatan WAJIB dimaklumkan kepada Pengurusan Pusat Sumber

Wednesday the 17th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.