Cetak
Butiran: Kategori: Puspanita | Diterbitkan: 17 April 2017 | Hit: 2056

 

 

LATAR BELAKANG

PUSPANITA JKSPditubuhkan pada 19 Julai 2014 dengan tujuan untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita PUSPANITA di semua peringkat perkhidmatan, menggalakkan perkembangan kemahiran, kemajuan diri, penyertaan di dalam program-program kebajikan, pemilikan aset dan sebagainya

PERANAN

  1. Mendidik dan melatih ahlinya ke arah membina karier masing-masing.

  2. Memberi ruang kepada staf wanita untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi faedah para ahlinya.

TUJUAN PENUBUHAN

 

  • Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;

  • Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus;

  • Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat; dan

  • Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.