PERKAHWINAN

 

PENGERTIAN

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

 PERMOHONAN PERKAHWINAN MELALUI MAHKAMAH

 Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dipohon melalui Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat bakal isteri itu bermastautin.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu di rujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin. Kes - kes tersebut ialah:

  1. Pemohonan Lelaki dibawah umur 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun    
  2. Permohonan seorang perempuan janda berhias iaitu perkahwinan oleh seorang perempuan yang mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya.    
  3. Permohonan perkahwinan Wali Hakim.    
  4. Permohonan berpoligami.
 SEBAB PERMOHONAN MENGGUNAKAN WALI HAKIM

 Walau bagaimanapun permohonan perkahwinan menggunakan Wali Hakim adalah kerana beberapa sebab iaitu

1. Tiada wali yang sah dari nasab.
2. Wali ghaib.
3. Anak tak sah taraf.
4. Wali enggan.
5. Wali dalam ihram/umrah.
6. Wali tidak cukup syarat.

permohonan menggunakan wali hakim harus dimulakan di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah sebelum dokumen berkaitan diserahkan ke Mahkamah Rendah Syariah yang berkaitan 

 

 

Tiada wali yang sah

TIADA WALI YANG SAH DARI NASAB

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:

'Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan sijil memeluk islam
  • Borang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Wali ghaib

WALI GHAIB 

Adalah dimana situasi wali tidak dapat dihubungi atau dikesan, maka bagi pihak bakal pengantin perempuan hendaklah membuat permohonan berkahwin secara berwali hakim.

PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA BERWALI HAKIM

1. Proses di Pejawat Agama Islam Daerah.

  • Membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tentang Wali yang tidak dapat dihubungi atau dikesan (Wali Ghaib).
  • Pejabat agama islam yang berkenaan akan membuat  siasatan berkaitan perkara tersebut dan jika didapati Wali berkenaan benar-benar tidak dapat dikesan, maka Pejabat agama islam yang berkenaan akan mengeluarkan satu laporan dan surat iringan yang berkaitan untuk di lampirkan bersama bagipendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah.


2. Proses Di Mahkamah Syariah Daerah

  • Bakal pengantin perempuan (pemohon) akan membuat permohonan dan pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah beserta lampiran dari pejabat agama.
  • permohonan bagi kes wali hakim boleh menggunakan khidmat peguam atau tidak diwakili peguam.
  • Pemohon di kehendaki membuat permohonan Interlokoturi /mencelah' untuk proses membuat iklan di Surat Khabar perdana. (borang permohonan Interlokoturi disediakan di Mahkamah)
  • setelah selesai proses pengiklanan bagi mencari wali tersebut dan pemohon hendaklah menyimpan satu keratan iklan berkenaan bagi dijadikan bukti di mahkamah.
  • Proses pengiklanan di surat khabar dibuat dalam jangka masa 3 minggu (kos ditanggung oleh pemohon)

 

3. Proses Perbicaraan

  • Setelah Pemohon mengikut prosiding seperti diatas proses perbicaraan akan dijalankan.
  • Pihak Pemohon hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang saksi Lelaki atau 2 Orang saksi perempuan.
  • Jika hakim berpuashati dengan keterangan pihak-pihak (Permohon dan saksi) hakim akan membuat keputusan.
  • jika tidak berpuas hati dengan keputusan hakim pemohon boleh mengemukakan Rayuan.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan sijil memeluk islam
  • Borang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain  dokumen yang berkaitan.

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Anak tak sah taraf

ANAK TAK SAH TARAF ATAU ANAK ANGKAT

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anak itu tetap dianggap anak tidak sah taraf.

Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.

Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil memeluk islam
  • Borang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Wali enggan

WALI ENGGAN

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata:
'Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:'Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya'. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw.

Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
'Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya'. (Al-Baqarah : 232)

Kemudian Ma’qil berkata: 'Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan'.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan: 'Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya'. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu. Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya.

Rasulullah saw bersabda:
'Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan sijil memeluk islam B
  • orang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Wali dalam Ihram/Umrah atau Haji

WALI DALAM IHRAM UMRAH ATAU HAJI

Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah.

Rasulullah saw bersabda:
'Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin'.
(Riwayat Muslim)


Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan sijil memeluk islam
  • Borang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Wali tidak cukup syarat

WALI TIDAK CUKUP SYARAT


Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

PROSEDUR PENDAFTARAN

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • Salinan kad pengenalan sijil memeluk islam
  • Borang perkahwinan bagi perempuan
  • Borang perkahwinan bagi lelaki
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

Thursday the 23rd. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.