Cetak
Butiran: Kategori: KRISPA | Diterbitkan: 19 April 2017 | Hit: 1164

 

 

BERIKUT ADALAH SENARAI PERLEMBAGAAN KRISPA LAMA TERGUNAPAKAI SEBELUM PINDAAN RASMI OLEH (ROS) PERLEMBAGAAN DIBAWAH INI DIKEKALKAN DI LAMAN WEB JKSP HANYALAH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK DIGUNA PAKAI BERMULA TARIKH 11. JULAI 2017.

UNTUK  MENDAPATKAN SENARAI PERLEMBAGAAN TERKINI (PINDAAN 2018-2019) SILA MUAT TURUN DISINI

UNTUK  MENDAPATKAN SENARAI PERLEMBAGAAN (PINDAAN 2017) SILA MUAT TURUN DISINI

 

UNDANG-UNDANG BAGI KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

   FASAL(1) NAMA
 1.(1)   Kelab ini dikenali dengan nama 'Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang' atau ringkasanya KRISPA dan selepas ini disebut sebagai KELAB sahaja.
   FASAL (2) TEMPAT URUSAN
  1.(2)   Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Kelab ini ialah Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Jln Masjid, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.  Alamat berdaftar kelab tidak boleh diubah tanpa mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
 FASAL (3) TUJUAN/MATLAMAT
  1. Untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semagat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam hal-hal yang menyalahi Undang-undang Negara.
  2. Untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti / program-program yang berbentuk keagamaan / kesukanan / rekreasi / akademik yang boleh mendatangkan manfaat kepada ahli-ahli termasuk menjalankan aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan.
  3. Untuk menggalakan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, displin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggujawab.
  4. Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung, dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti kelab bagi kebaikan ahli-ahli.
  5. Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai.
  FASAL (4) KEAHLIAN
Keahlian Kelab hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 2 kategori;

a.  Ahli Biasa

Terdiri daripada kakitangan Jabatan kehakiman Syariah Pahang.  Ahli biasa mempunyai hak mengundi dan memegang jawatan dalam kelab.

b.Ahli Kehormat

Ahli Kehormat akan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Kelab daripada bekas ahli dan orang-orang yang telah membuat jasa kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. 

  1. Ahli Kehormat dikecualikan daripada membayar yuran dan tidak mempunyai hak mengundi atau memegang jawatan dalam kelab ini.\
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada setiausaha dan setiausaha hendaklah seterusnya mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
  3. Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran pendaftaran dan yuran bulan pertama seperti yang ditentukan di fasal 5, diterima menjadi ahli Kelab dan berhak menikmati kemudahan-kemudahan yang sediakan.
FASAL (5)   BAYARAN MASUK / YURAN DAN BAYARAN LAIN

 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran Masuk Bayaran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit) seorang sekali sahaja.

Yuran Bulanan Yuran Ahli bagi Ahli Biasa seperti berikut:

(Pindaan Mesyarat Agong Kali Ke 9 2017)

  1. Ahli yang bergaji kurang daripada RM500.00 sebulan RM10.00

  2. Ahli yang bergaji antara RM501.00 ke RM1000.00 sebulan RM10.00 

  3. Ahli yang bergaji antara RM1001.00 ke RM2000.00 sebulan RM10.00

  4. Ahli yang bergaji antara RM2001.00 ke RM3000.00 sebulan RM10.00

  5. Ahli yang bergaji antara RM3001.00 ke RM4000.00 sebulan RM10.00

  6. Ahli yang bergaji antara Rm4001.00 ke atas sebulan RM10.00

  • Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap bulan. 

  • Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan persetujuan ahli.

  • Ahli yang membiarkan hutang yuranya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

  • Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi enam bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah memerima kenyataan berkenaan hutangya terlebih dahulu.

  • Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlinya terlucut disebabkan hutang.

  • Yuran khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu yang boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.  Kecuali kutipan wang satu-satu perkara yang disifatkan tergempar dengan kelulusan Ahli Jawatankuasa Kelab.

  FASAL (6) PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI
 
  •  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  • Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahlianya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.  Sebelum Jawatankuasa memecat atau mengantungkan ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pengantungganya secara bertulis.  Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.  Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
  FASAL (7) MESYUARAT AGUNG
 
  1. Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekurang-kurangya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, mas dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa.  Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
  • Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan kelab di dalam tahun lalu
  • Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu
  • Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang
  • Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  1. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 4 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira kelab bagi tahun yang telah diaudit.  Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan kelab.
  2. Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan:
  • Bila difikirkan mustahak jawatankuasa atau;
  • Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakanya.  Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.
  • Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  • Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agenda Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  • Fasal 7 (1) dan 7 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas , tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  • Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Agung Tahunan dengan beberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
  FASAL (8) JAWATANKUASA
 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
  • Seorang Pengerusi
  • Seorang timbalan Pengerusi
  • seorang setiausaha
  • seorang penolong setiausaha
  • seorang bendahari
  • 07 orang ahli jawatankuasa biasa
  1. Pemegang-pemegang jawatan kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam kelab ini hendaklah terdiri daripada warga negara malaysia.
  2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa kecuali Setiausaha, Penolong Setiausaha, bendahari mestilah dicadang dan disokong oleh ahli di dalam Mesyuarat Agung.  Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi dari kalangan ahli atau ahli jawatankuasa biasa yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung.  Semua ahli Jawatankuasa boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
  3. Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.  Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.  jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatanya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
  4. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.  Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. 
  5. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.  Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.  Syarat-syarat mengenainya seoerti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
  • Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa
  • Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu
  • Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

  1. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.  Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  2. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak.  Ia boleh mengantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam perkerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab.
  3. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.
  4. Seorang ahli jawatankuasa boleh dipecat dari jawatankuasa sekiranya ia didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan semagat dan Perlembagaan Kelab atau berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik kelab.
  5. Kecuali Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan pemecatan, jawatankuasa berkuasa memecat mana-mana ahli jawatankuasa mengikut Fasal 6 (2) dengan undiaan yang terbanyak
  FASAL (9) KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
 
  1.  Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggujawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.  Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek kelab bersama-sama dengan setiausaha dan bendahari.
  2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa.  Ia bertanggujawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.  Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan , perkerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.  Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.  Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1996.
  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  5. Bendahari adalah bertanggujawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.  Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara jewangan dan bertanggujawab di atas ketepatanya.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan, termasuk mengetuai Jawatankuasa Kecil (Biro) yang ditubuhkan.
  FASAL (10) KEWANGAN
 
  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira.  Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
  2. Bendahari dibolehkan menyimpan Wang Tunai dalam tanganya tidak lebih daripada Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja[RM200.00] pada sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.  Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab.
  3. Tiap-tiap cek atau kenyataan pengeluaran wang kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari.  Semasa ketiadaan pengerusi, timbalan pengerusi boleh menandatangani bersama bendahari.  Kerana ketiadaan pengerusi dan timbalan pengerusi atau bendahari maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti.
  4. Perbelanjaan yang kurang daripada Malaysia: Lima ratus sahaja[RM500.00] bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama setiausaha dan bendahari.  Perbelanjaan yang lebih daripada Ringgit Malaysia:Lima Ratus sahaja[RM500.00] bagi sesuatu mas tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada Ringgit Malaysia: Dua Ribu sahaja [RM2000.00] bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
  5. Penyata Darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan  untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinanya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Kelab.
  6. Kelab juga dibolehkan memiliki tanah atau harta dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perniagaan serta aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang.
  7. Pungutan derma sama ada dihadiahkan oleh orang perseorangan atau pertubuahan dengan kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan.
  8. Tahun Kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.  
  FASAL (11) PEMERIKSA KIRA-KIRA
  1. Dua orang yang bukannya pegawai kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai periksa kira-kira.  Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
  2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.  Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh pengerusi mengaudit kira-kira kelab bagi mana-mana di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.
  FASAL (12) PENGAMANAH
 
  1. Tiga (3) orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh kelab.  Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan kelab dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed Of Trust).
  2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan kelab dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.
  3. Seorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatanya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab atau pekerjaanya dengan memuaskan.  Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perbuangan bagi seseorang pengamanah maka kekosongan otu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
  FASAL (13) TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
 
  1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsiranya kepada Perlembagaan Kelab dan jawatankuas, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan Kelab.
  2. Kecuali pekara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. 
  FASAL (14) PENAUNG/PENASIHAT
 
  1. Pemegang jawatan Ketua Hakim Syarei, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dengan sendirinya menjadi Penaung merangkap selaku Penasihat kepada kelab.
  FASAL (15) LARANGAN
 
  1. Kelab atau ahli-ahli tidak boleh cuba menghalang atau dengan cara apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barng-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
  2. Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama kelab atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasanya atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
  3. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberi oleh kelab kepada mana-mana ahlinya.
  4. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dinamakan di dalam rumah kelab:Roulette, Lotto, Fan Tan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Stau, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
  5. Mana-mana orang tidak boleh memegang menjadi penasihat atau pekerja kelab ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikaina menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966.
  FASAL (16) PINDAAN UNDANG-UNDANG
 Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.  Pemohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undnag-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Kelab dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perunahan atau pindaan itu hanya boleh dikatakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
  FASAL (17)      PEMBUBARAN
  1. Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima[3/5] daripada jumlah undi yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
  2. Sekiranya kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
  3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.  

INDEX : Pembubaran atau pindaan PERLEMBAGAAN KRISPA hanya boleh dilakukan di dalam MESYUARAT AGONG KRISPA yang bersidang 2 tahun sekali, dimana setiap pembubaran atau pindaan harus mendapat 2/3 undi daripada AHLI KRISPA