pupajadi2

LATAR BELAKANG

PUSPANITA JKSPditubuhkan pada 19 Julai 2014 dengan tujuan untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita PUSPANITA di semua peringkat perkhidmatan, menggalakkan perkembangan kemahiran, kemajuan diri, penyertaan di dalam program-program kebajikan, pemilikan aset dan sebagainya

PERANAN

  1. Mendidik dan melatih ahlinya ke arah membina karier masing-masing.

  2. Memberi ruang kepada staf wanita untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi faedah para ahlinya.

TUJUAN PENUBUHAN

 

  • Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;

  • Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus;

  • Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat; dan

  • Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.

 

Hubungi Kami

PUSPANITA
Jabatan Kehakiman Syariah Pahang
Jalan Masjid,25000, Kuantan,Pahang.
No Tel : 09-517 7966
Fax     : 09-513 5805



Wednesday the 26th. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.