PENGENALAN

Jumlah peminjaman buku oleh pegawai dan kakitangan JKSP ialah 5 (lima) buah. Tempoh peminjaman adalah 2 (dua) minggu dari tarikh peminjaman. Permohonan lanjutan pinjaman adalah 1 (satu) kali sahaja.

Peminjam hendaklah mendaftarkan kepada Pembantu Perpustakaan buku-buku yang hendak dipinjam dan juga di waktu pemulangan. Ini bagi  memastikan pergerakan keluar masuk buku dapat direkodkan bagi tujuan pengesanan. Sebarang kehilangan atau kerosakan pada bahan-bahan Pusat Sumber JKSP hendaklah dimaklumkan kepada Pembantu Perpustakaan.

PERANAN

Semua majalah-majalah adalah untuk dibaca di dalam Pusat Sumber ini sahaja. Pengguna TIDAK dibenarkan membawa keluar majalah atau meminta kakitangan lain meminta kakitangan lain berbuat demikian.

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER
  1. Pengguna luar adalah tidak dibenarkan meminjam sebarang koleksi bahan di Pusat Sumber JKSP kerana Pusat Sumber JKSP merupakan Perpustakaan KHUSUS.

  2. Pulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.

  3. Bagi buku yang hilang , Pengguna dikehendaki membayar mengikut harga asal buku.

  4. Pengguna dilarang membawa makanan, minuman dan merokok di dalam Pusat Sumber.

  5. Pihak Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang  milik pengguna sepanjang tempoh di dalam Pusat Sumber.

  6. Sebarang permintaan untuk menggunakan Pusat Sumber di luar waktu perkhidmatan yangmelibatkan urusan Jabatan WAJIB dimaklumkan kepada Pengurusan Pusat Sumber

 

Sunday the 22nd. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.