Selamat Datang ke Ruangan Khas Ahli KRISPA | TUJUAN PENUBUHAN KRISPA. 1. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam ha-hal yang menyalahi Undang-Undang Negara. 2. Untuk menganjurkan Aktiviti-aktiviti/Program-program yang berbentuk Keagamaan/Kesukanan/Rekreasi/akademik yang boleh mendatangkan manafaat kepada ahli-ahli termasuk aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan. 3. Untuk menggalakkan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin serta berusaha menjadikan ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggungjawab. Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung dalam usaha membiayai aktiviti-aktiviti Kelab bagi kebaikan ahli-ahli. 4. Untuk menjadi badan perhubungan antara Kelab ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai

 

Fasal 5 Ceraian 1: (Perlembagaan KRISPA) 5(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

::BAYARAN MASUK KEAHLIAN:: (sekali sahaja)
Bayaran masuk telah ditetapkan sebanyak RM 10.00 (SEPULUH RINGGIT) Seorang, pembayaran di buat pada pertama kali semasa pendaftaran sahaja Bayaran pendaftaran Khirat Kematian RM 20.00
::BAYARAN YURAN BULANAN::
YURAN AHLI BIASA TELAH DI TETAPKAN SEPERTI BERIKUT:- (PINDAAN PADA MESYUARAT AGUNG 2017)
Bil Perkara Jumlah Bayaran
1 Ahli  yang bergaji kurang dari RM 500.00 Sebulan RM 10.00
2 Ahli yang bergaji antara RM 501.00 ke RM 1000.00 Sebulan RM 10.00
3 Ahli yang bergaji antara RM 1001.00 ke RM 2000.00 Sebulan RM 10.00
4 Ahli yang bergaji antara RM 2001.00 ke RM 3000.00 Sebulan RM 10.00
5 Ahli yang bergaji antara RM 3001.00 ke RM 4000.00 Sebulan RM 10.00
6 Ahli yang bergaji antara RM 4001.00 ke Atas RM 10.00
Sunday the 22nd. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang | Syariah Asas Keadilan | Tel : 09-517 7966 | Fax : 09-513 4805 | e-mail : jksp@esyariah.gov.my.